Rabu, 26 Julai 2017

7 Tips untuk simpan RM300 ATAU RM500 ATAU RM700/sebulan



Pastikan anda ada matlamat simpanan seperti berapa,mengapa dan untuk apa anda simpan. Samaada simpanan untuk jangka masa panjang ataupun pendek.

1. Simpan dahulu.
Jika anda tidak simpan dahulu RM700 tersebut di dalam bank,anda akan cenderung untuk menggunakan wang tersebut. Sebaiknya, asingkan wang tersebut dari akaun simpanan gaji anda. Lupakan wang tersebut setelah disimpan.

2. Buat bajet.
Berapa bajet perbelanjaan anda.Mungkin kos makan dan minyak anda ke tempat kerja.
Jangan lari dari kebiasaan perbelanjaan anda.Pastikan anda telah cukup membeli keperluan peribadi anda. Keperluan anda seperti keperluan peribadi dan pakaian.

3. Simpan resit pembelian.
Selepas membeli simpan resit pembelian anda untuk mengira kembali berapa perbelanjaan anda pada hari itu.

4. Masak di rumah
Makan di luar memerlukan kos yang sangat tinggi.
Dengan memasak di rumah, perkara ini sangat menjimatkan perbelanjaan anda.

5. Tetapkan hiburan anda.
Hidup tanpa hiburan akan membosankan dan memberi tekanan. 
Cari hiburan yang tidak memerlukan kos yang tinggi atau 'zero kos'.
Contohnya seperti membaca, berkarya, menyanyi karoke di rumah dan selainnya.

6. Jimatkan petrol
Salah satu cara untuk anda berjimat adalah dengan menjimatkan petrol anda.
Kos minyak ke tempat kerja merupakan satu kos yang terpaksa dilalui oleh semua orang.
Jika anda tidak kesah menaiki kenderaan awam seperti bas percuma, itu merupakan satu cara yang sangat menjimatkan.Jumlah kos kenderaan anda boleh jimat sehingga RM100-RM200 sebulan. Memang berbaloi.

7. Rahsiakan simpanan anda
Rahsiakan simpanan anda. Nampak macam tak penting, tapi inilah yang paling penting.
Lebih banyak anda ada duit lebih ramai yang datang nak pinjam duit dengan anda.

Bukan kedekut tapi bayarlah dahulu untuk diri anda sebelum orang lain.


5 Tips Mengawal Perbelanjaan Anda





Sikap suka membeli adalah sikap normal bagi masyarakat kita. Namun, perbelanjaan tanpa kawalan akan membuatkan poket kering di hujung bulan.Kak Zaww nak kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu kita dari menjadi seorang "shoppaholic".

1. 30 hari puasa. 
Puasa ni bukan bermaksud tahan lapar dan dahaga.
Ini bermaksud sekirannya anda jumpa sesuatu yang menarik minat anda ketika itu, jangan terus membelinya.Tetapi berikan waktu untuk diri dan keinginan anda selama 30 hari. Selepas 30 hari, anda akan merasakan kurang daya membeli.Perkara ini sangat bekesan.Ini langkah pertama yang kak Zaww lakukan semasa belajar dahulu.

2.Bawa wang yang secukupnya.
Selalunya, apabila kita ada wang yang banyak,kita boleh membeli apa yang kita mahukan.
Secara tak langsung terjebak dari pembelian yang tidak dirancang.

3.Rancang perbelanjaan.
Sebelum keluar, pastikan dahulu perbelanjaan apa yang perlu dilakukan.
Tetapkan di dalam fikiran "ini sahaja yang saya mahu beli". Minda bawah sedar anda, akan membantu tindakan anda.

4.Tetapkan tujuan anda. 
Sekiranya kita hendak membeli sesuatu, kita mesti ada tujuan untuk ke pusat membeli belah.Tanpa tujuan, anda akan terjerumus dengan perbelanjaan di luar kawalan.

5.Katakan "tidak" kepada kad kredit.
Kebanyakkan orang berfikir,kad kredit adalah wang. Sekiranya, kita merasakannya begitu kita akan menggunakannya.Tukar persepsi kepada sesuatu yang membawa kepada kerugian seperti "hutang" atau 'kad rugi"

Selasa, 18 Julai 2017

Keseimbangan Kehidupan-Kerja (Work Life Balance)



Kerja dan kehidupan adalah satu keadaan yang berbeza. Kita memilih kerja kerana mahu elakkan kebosanan. Kerana mahu menjadi seseorang. Bergantung kepada tahap permikiran setiap individu.
Namun memilih kerja dan mencari kehidupan yang selesa bukanlah satu perkara yang mudah.
Adakala, kerana dasar tanggungjawab kita bekerja untuk memastikan kita beroleh kehidupan yang stabil.Bebas dari masalah kewangan walaupun tiada hutang dengan bank.

Makan, minum, tempat tinggal dan pakaian, semuanya perlukan wang.Kerana itulah, bekerja adalah satu ibadah.Tetapi kerana masa yang ada sering diperuntukkan untuk kerja, kita lupa akan kehidupan yang perlu kita cari.Sedar-sedar kita dah pun tua. Tahu-tahu anak pun dah pun besar.

Berapa banyakkah masa yang kita perolehi untuk bersama dengan insan-insan yang kita sayang.
Hanya kerana wang. Apakah masa yang telah lepas dapat kita gantikannya kembali.
Pasti tidak akan sama dengan yang sekarang.Itulah kehidupan yang kak Zaww pernah lalui.

Bukan sebab kita rasa bila kita kerja duit akan berganda dengan sendiri, tapi kita memilih untuk itu.
Satu saat, anak akan kurang tumpuan, dan keluarga yang dibina pula retak begitu sahaja.
Kita mahukan rumah, tapi tak nak yang kecil, kita mahu yang besar.Jadi kita perlu naik gaji. 
Gaji banyak, masa pula suntuk.Kita yakin kita telah pun berjaya.
Isipadu hati dan emosi semakin cetek.Kita kembali ke dunia pekerjaan.

"Well, nothing is cheap now on". Itu yang mampu kita berikan alasan. 
Sedangkan,kita boleh memilih gaya kehidupan yang bagaimana kita mahukan.
Asalkan hati kita gembira dan kehidupan kita stabil.

"Tak bolehkah kaya?" Boleh, Islam tak melarang malah menggalakkan.Kak Zaww pun nak jadi kaya.
Kalau kaya wang, biarlah banyak. Kalau kaya harta, biarlah secukupnya, kalau kaya jiwa biarlah semampunya.Apa yang kurang?Tiada.Semuanya cukup.

Back to topik " Work-life balance". Sihat. Itu yang paling penting. Kalau kerja bertahun-tahun, tapi mengundang penyakit. Apa yang kita dapat?Kepuasan? Atau kelu tanpa kata? Kak Zaww, ada membaca buku Donald Trumph dan Robert Kiyosaki.
"Why we want you to be rich? Baru masuk beberapa bab dalam pembacaan.

Dia ada sebutkan tentang 'control'.Kawal. Kalau kita berjaya mengawal keadaan, kita akan capai matlamat kita.So, bolehkah kita kawal masa dan jangan biarkan masa mengawal kita.Cubalah.InsyaAllah berjaya.
Adakala kita kebosanan.Di situlah menunjukkan kita telah berjaya mengawal masa kita.
Akhirnya kita memikirkan bagaimanakah caranya kita hendak meningkatkan kualiti hidup ini.

Kak Zaww doakan semoga anda semua sihat dan berjaya dalam keseimbangan kehidupan dan kerja.
Bukan akak yang ajarkan bagaimana,tapi andalah yang menentukan yang bagaimana.

Good Luck.#Ilovemyfamily.