Isnin, 15 Februari 2016

Gaji dan Bonus-Apa perlu buat?

Assallamuailaikum w.b.t..
Kak Zaww dah lama tak menulis mengenai kewangan..sibuk sangat dengan Herbalife..hehe..
Baiklah,topik kali ni kak Zaww nak kongsikan mengenai gaji dan bonus.Pastinya bila menyebut soal gaji berkaitan dengan hasil dari pekerjaan yang kita buat..dan bila disebutkan tentang bonus berkaitan dengan imbuhan dari hasil pendapatan syarikat kepada pekerja..Namun sinonimnya kedua ini adalah kedua-duanya merupakan duit..Wah!!seronoknya bila dapat gaji dan bonus.Boleh merancang pelbagai benda.
Jadinya,kak Zaww nak kongsikan beberapa tips yang berguna apabila ada mendapat gaji dan bonus.
♡ Dari jumlah keseluruhan,asingkan 2.5% dari jumlah bonus dan gaji untuk zakat pendapatan.Bagi orang Islam,ia merupakan satu tuntutan yang wajib ditunaikan.Malah menyucikan harta dan memberi keberkatan dari hasil dari kerja kita..
Mungkin ada yang merasakan banyak,namun percayalah setiap rezeki kita ada juga rezeki orang lain..
♡ 20% dari gaji dan bonus, simpanlah.
♡ 7.5% dari bonus sahaja berikanlah kepada ibu bapa untuk mengembirakan hati mereka.
♡ 40%-50% dari gaji,selesaikan komitmen bulanan.Sekiranya lebih,selesaikan  juga ya.Jangan biarkan hutang tertunggak.
♡ 20% lagi,berbelanjalah untuk diri sendiri dan keluarga.
♡ 10% lagi,simpanan untuk kecemasan.Contoh anak demam ke,kereta rosak ke.
Kak Zaww suka menekankan dari sudut peratusan kerana gaji seseorang itu berbeza..So,bagi anda semua selamat mencuba..
Jangan takut-takut nak guna duit bonus.Cumanya jangan boros berbelanja..

Khamis, 11 Februari 2016

2016-Tahun terbaik untuk kawal perbelanjaan anda

Assallamuailaikum w.b.t..
Hari ni kak Zaww nak buka topik pasal perbelanjaan..

Baik..dan harap tahun ini baik-baik sahaja..

2016 adalah tahun yang paling mencabar..Sangat mencabar apabila kita mula mencipta komitmen baru,menambah perbelanjaan baru dan menarik sikit dari sumber simpanan untuk upgrade diri kita..

Pada peringkat awal tahun inilah kita sudah merancang bagaimana pola permakanan kita dan perbelanjaan isi rumah kita..

Ini kerana disebabkan ketidakseimbangan ekonomi pada masa kini, dengan kadar inflasi yang meningkat dan mata wang semakin rendah,akan memberi kesan kepada seluruh isi keluarga jika wang yang ada tidak disimpan dan diberlanjakan pada tempat yang betul..

Tambahan lagi pelbagai virus yang melanda negara kita kita seperti virus zika dan sebagainya.
Apa yang kita doakan mempunyai kesihatan yang baik supaya kita boleh keluar mencari rezeki..

Namun,tanpa pengawalan perbelanjaan yang seimbang, segala kadar akan meningkat..kadar peratusan pembuangan pekerjaan juga akan meningkat.

Sebagai masyarakat yang mengambil tahu,kita mestilah mengambil kadar yang selamat untuk memastikan ekonomi kita stabil ketika zaman kegawatan..

Beberapa perkara yang perlu diambil kira:
1)Utamakan keperluan,kawal kehendak.
2)20% kehendak dari perbelanjaan.Jgn lebih.
3) Rajin masak makanan.
4)Melancong 2x setahun.
5) Simpan duit 30%-40% dari wang gaji.
6)Jahit baju yang koyak dan boleh dipakai kembali.
7)Kuruskan badan sebab lebih jimat baju yang bersaiz kecil.
8) Jgn ikut perasaan.Kawan beli ni..awak ikut..kawan beli tu..awak beli..
9) Bagi yang nak menghias rumah,carilah cara yang paling jimat..
10) Kurangkan keluar malam..sebab bila keluar malam akan keluar belanja lagi..
11) Tidur awal malam selepas isyak akan membantu anda kurang memikirkan perkara2 yang hendak ditambah..
12) Senaraikan harga lauk/ikan sekarang.
13) Jangan tambah hutang.
14) Jaga hati..Hati yang bersih dan redha akan menarik rezeki..Hati yang sakit akan menolak rezeki jauh..
15) Jaga prestasi pekerjaan kini dan mula serve pekerjaan/pendapatan tambahan..
16) Beli produk bumiputera dari desa.

Rabu, 3 Februari 2016

Mulakan perlaburan untuk diri anda!

Assallamuailaikum w.b.t...

Dalam kehidupan seharian ini, apakah yang kita harapkan?
Mempunyai rumah besar, kereta besar, anak ramai dan kesihatan yang baik dan cemerlang.
Ada lagi satu kita terlupa dan sering melupakan, iaitu mempunyai ukhrawi yang cemerlang juga.
Betul tak?
Jadi apakah vision kita?.
Vision kita sebanyak manusia yang inginkan hidup berjaya dan kaya adalah mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan.
Benar. Islam menggalakkan kita untuk kaya.

Jadi pilih kejayaan bagi kekayaan yang paling bijak.
1. Harta yang banyak dan wang yang melimpah ruah
2. Anak yang ramai
3. Kesihatan yang baik
4. Mengejar Ukhrawi supaya dunia mengejar kita.

Susun semula mengikut anak tangga yang sebenar :
1.Mengejar ukhrawi supaya dunia mengejar kita
- Apa yang susah kat sini. Allah s.w.t menyuruh kita untuk solat 5 Waktu.
-Tapi itulah menjadi kelalaian hidup kita. Kita percaya dengan fitrah Dunia tetapi tidak percaya dengan Fitrah Allah s.w.t.
- Kita sering leka dan memberi seribu alasan untuk berjaya dan solat. Contoh, tak larat, badan sakit nak bangun pagi.
-Okay, logikal thinking, bila badan kita sakit nak bangun pagi, apa masalah sebenarnya? I mean the root cause of the issue.
-Root cause of the issues is we are lazy and sick of  doing work.
- Allah telah berfirman " Setiap penyakit itu ada ubatnya". Kita mungkin ingat penyakit yang disebutkan Allah adalah penyakit diabetis, darah tinggi,demam, dan sebagainya kan?
-Tidak juga sebenarnya, penyakit yang disampaikan adalah penyakit dalaman. Penyakit hati dan jiwa. Itulah penyakit yang perlu dirawat.
- Mengejar ukhrawi, ini bukan urusan Allah dengan manusia tetapi adalah urusan manusia dengan Allah s.w.t.
_ Kak Zaww harap kita semua faham yang hendak disampaikan. We go to next point.

2. Kesihatan yang baik
- Semua orang mengidamkan kesihatan yang baik. Mengapa? Kerana apabila kita sihat, kita dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna dan amanah.
- Seperti point 1 di atas, sekiranya kita ada penyakit kita akan rasa malas. Penyakit malas ini penyakit hati. Itulah pasal kita kena solat.
- So, selain dari itu barulah kita fokus ke kesihatan yang melibatkan sistem dan organ dalam badan kita.
- Tahukah anda di dalam badan kita mempunyai banyak organ. Setiap organ mempunyai shelf life atau expiry yang berbeza.
-Hebatkan ciptaan Allah s.w.t? Allahu Akbar.
- Jadi, bagaimanakah kita nak panjangkan expiry date? Logikal thinking, the best way is kita perlu tingkatkan qualitynya.
- Sekiranya dah contiminated, maka bermulalah fasa kesihatan yang berbeza. Anda pasti dapat meneka kan?
- Bagi meningkatkan kualiti, KITA perlu mendapatkan nasihat dan perunding kesihatan.
- Buat research,lihat testimoni bagi produk yang membantu meningkatkan dan memperbaiki sistem dalaman badan kita.
- Bak kata orang "Mudakan yang tua" Kalau boleh, biarlah Allah ambil nyawa kita dalam kesihatan yang baik.
- Bukan apa, supaya kita memudahkan urusan mereka yang akan menguruskan jenazah kita nanti.
- Namun, segalanya di atas ketentuan Allah s.w.t.
- Tahukah anda ini juga sejenis pelaburan yang sangat berbaloi. 'Amalkan cara hidup yang sihat'

3.Harta yang banyak dan wang yang melimpah ruah.
- Baik, berpandukan pada point di atas, semua orang nak kan harta dan wang yang banyak.
- Tetapi apakah matlamat anda atau niat anda untuk mempunyai harta dan wang yang banyak.
- Sebagai seorang Islam, niat yang murni dan suci itu akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
- Sebagai contoh, jika saya mempunyai harta yang banyak saya ingin menyedekahkan harta-harta saya ke jalan Allah s.w.t.
-Atau jika mempunyai wang yang banyak saya ingin melabur dan menyediakan biasiswa kepada golongan miskin bagi mengubah cara hidup mereka.Contohnyala. Bermulalah dengan niat yang baik sebenarnya.
- Akan tetapi, bagaimana?
- Ilmu. Itulah yang sangat diperlukan. Kemudian usaha yang gigih dan kuat. Kuat mental dan fizikal.
-Ini adalah benar. Lihatlah contoh mereka-mereka yang telah mencapai kewangan yang surplus.
-Cara yang betul, akan membawa kita ke arah yang betul.
-Apa-apapun, ia tidak akan berjaya tanpa permulaan. Bermulalah dan semoga berjaya.

4. Anak yang ramai.
- Ini adalah harta yang tidak terhingga yang kita melihat dia dari kecil hingga besar.
- Jika dipanjangkan umur, boleh melihat mereka tua juga.
- Semuanya untuk ukhrawi.
- Kak Zaww terdiri dari 13 orang adik-beradik dan kak Zaww adalah insan yang paling bertuah.
- Kerana :
1) Allah kurniakan kak Zaww 4 ibu sekarang. Tinggal seorang ayah je sekarang.
2) Jadikan kak Zaww seorang kakak sulong dan adik yang bongsu.
3) Dapat menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah
4) Allah kurniakan kak Zaww seorang suami yang baik dan soleh.InsyaAllah.
5) Mempunyai seorang cahaya mata yang comel dan baik hati.
6) Allah beri kak Zaww adik perempuan dan lelaki.
- Kak Zaww berdoa, semoga Allah mengurniakan kak Zaww cahaya mata lagi seorang.
- Merekalah peneman kita di kala kesunyian kelak.
- Keluarga kak Zaww sedang perkembang melebihi 100 orang. Ajaibnya hidup.Alhamdulillah.
- Berbaloikah anak yang ramai? Terpulang kepada anda dan cara anda menguruskannya.
-Semoga keturunan kita terdiri dari keturunan yang soleh dan solehah.

So, sebenarnya kalau kita kejar kebendaan sangat, ia akan lebih jauh dari kita. Tetapi kita haruslah hidup sentiasa mensyukuri nikmat Allah s.w.t. Tidak semestinya untuk menjadi kaya baru kita melaksanakan tanggungjawab kita. Sebaliknya, yang sedikit itulah perlu kita buat secara konsisten dan mampu dikongsikan bersama. Pucuk pangkalnya, mula.Tanpa permulaan hidup tidak akan jadi bermakna.

Sekian perkongsian dari Kak Zaww.
Assallamuailaikum dunia...

Isnin, 1 Februari 2016

Wajarkah pembelian produk kesihatan untuk tujuan kuruskan badan dan kesihatan?

Salam 2016!!!

Zaman ini telah menjadi fenomena rakyat di Malaysia terutamanya wanita untuk tujuan kecantikan.
Bukan sahaja untuk kelihatan putih gebu, malah untuk kelihatan kurus dan lansing.

Produk kecantikan kini banyak dikeluarkan oleh syarikat Bumiputera. Malah, masyarakat Malaysia kini
mula sedar akan kepentingan penjagaan kesihatan.

Menjaga kesihatan merupakan satu sunnah yang amat digalakkan di dalam Islam.
Nabi Muhammad s.a.w menyarankan "Makan sebelum lapar, Berhenti sebelum kenyang'".
Bertujuan untuk memastikan umat-umat Islam di seluruh dunia memiliki sistem badan yang sihat dan cergas.
Malah boleh bangun untuk bersolat kepada Allah s.w.t.

Kesihatan yang baik mencerminkan imej yang baik. Bagi wanita, pasti dapat membuatkan rumahtangga lebih bahagia
apabila usaha yang dilakukan untuk kelihatan cantik dan langsing untuk tatapan suami tercinta.

Sememangnya, wajar bagi wanita mahupun lelaki membeli produk kesihatan untuk tujuan kelihatan sihat dan menarik.
Bukan sahaja memberi kepuasan kepada diri sendiri malah dapat meningkatkan kesihatan diri ke arah yang optimum.

Walaupun begitu, untukmenjamin kesihatan yang baik, pembelian produk kesihatan perlulah mengikut kesesuaian dan kemampuan
diri sendiri. Mungkin ada yang membeli produk yang mahal untuk kecantikan dan kesihatan. Ia tidak menjadi kesalahan asalkan
tidak berlebih-lebihan.

Semoga nota Kak Zaw kali ini menggalakkan kita semua untuk menjaga kesihatan ke arah yang lebih cemerlang.

Jangan lupa ye untuk bersenam!