Assallamuailaikum w.b.t,
Tiada hutang tiadalah barang. Begitulah sinonimnya masyarakat kita kini dengan ayat tersebut.
Seharusnya,kita lebih terbuka dalam mendalami kepentingan hutang itu sendiri.
Tujuan yang jelas akan membantu seseorang untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan.
Apabila berhutang satu perasaan akan menguasai diri kita. Perasaan yang bermacam-macam untuk memiliki kerana perasaan itu, diri kita terjebak dengan hutang.
Islam sendiri tidak menggalakkan umat Islam itu berhutang kerana dengan berhutang akan membawa kepada kepapaan. Akan tetapi sejauh manakah kita sebagai seorang Islam untuk menyokong ayat-ayat di atas.Seharusnya bermulalah dari kita sendiri.
Cuba kita asingkan di dalam keperluan kita sehari-hari, apakah dengan berhutang mampu membantu ekonomi keluarga kita. Atau dengan berbekalkan sedikit kesabaran kita mula menyimpan dan simpanan itu kita gunakan untuk meraih apa yang dihajati.
Ada hutang yang baik dan ada hutang yang tidak baik.Namun wajib dilunasi.
Jika tidak dilunaskan, membawa kepada kesempitan rezeki. Carilah saluran yang betul untuk mendapatkan wang pinjaman. Janganlah berhutang dengan ceti haram yang membawa pula kepada masalah yang lain.
Hutang yang baik:
1. Hutang rumah yang tidak keterlaluan
2. Hutang kereta yang tidak keterlaluan.
3. Hutang pendidikan.
Hutang yang tidak baik:
1. Ceti haram
2. Kad Kredit
3. Pinjaman peribadi
4. Hutang dengan orang
5. Hutang perniagaan
6. Hutang pendidikan
Walau apapun pilihan anda pastikan segalanya dijelaskan. Adakala kita tersepit kerana ketidakmampuan. Pohonlah kepada Allah untuk memastikan kita dalam melunaskan hutang tersebut.
Semoga dengan pengetahuan yang tidak seberapa ini dapat mengingatkan kita dalam kealpaan.
~Dari penulis yang mengingatkan dari kita yang kealpaan~

0 ulasan:
Catat Ulasan