Khamis, 30 Oktober 2014

Baikkah pinjaman ASB?

Assallamuailaikum semua..
Apa khabar?kak Zaww harap anda semua sihat dan berjaya hendaknya...

Topik hari ni agak istimewa sikit kerana topik kali ni lebih membincangkan mengenai pelaburan..Sebut sahaja mengenai pelaburan mata kita semua pun keluarlah simbol $$$.Apa lagi nak pikir
kalau bukan keuntungan.It is all about money.

Tapi kak Zaww suka nak ceritakan topik ini sebab ia berkaitan dengan bangsa kak Zaww.Bangsa bumiputera yang majoritinya Melayu.Ke mana sahaja kita pergi di Malaysia,pasti ada bangsa Melayu di situ.Maaf bagi bangsa yang bukan bumiputera,entri kali ini tidak ada kena mengena dengan parti politik ye.NO DISCRIMINATION YER..

Sebabnya kak Zaww bercerita mengenai bangsa bumiputera ni adalah sebab kak Zaww sayang.Sayang sangat hingga ke mati..Bersyukur kak Zaww dilahirkan di kalangan anda.Maklumlah orang yang pernah pegang M16 dan melalui ketenteraan sahaja paham bagaimana ertinya rasa susah dan payahnya menjaga keamanan.Walaupun di akhirnya kak Zaww tumpas untuk  menyandang Leftanan muda,tapi berkat latihan 4 bulan ketenteraan kak Zaww masih lagi ingat akan prinsip anak tumpahnya darahku.

Baiklah,baru selesai pendahuluan bagi topik ini mengenai siapa kita.Back to topik,baikkah pinjaman asb ?Sebagai seorang yang juga mempunyai pinjaman asb  sendiri,apa yang mampu kak Zaww katakan ia adalah sangat baik.TETAPI harus diingat pelaburan yang rendah risiko ini ada caranya yang selamat.Kenapa?Sebab dek kerana ramai di antara kita yang mata duitan ini sanggup mengambil pinjaman melebihi 70 ke 80 kali ganda dari gaji kasar menyebabkan pelaburan anda berhenti di tengah jalan.

Maksudnya,pinjaman ASB ni bertujuan untuk menambah kekayaan masyarakat Melayu pada masa akan datang dan ini bukanlah sesuatu yang sia- sia sekiranya ramai di kalangan masyarakat kita sendiri sedar kepentingannya untuk pembangunan ummah di masa akan datang.

Cuba kita kaji semula di manakah hasil pelaburan ASB dahulu dan kini di Bursa Malaysia?Dahulunya, berada di saham konvensional iaitu hasilnya diragui kehalalannya,namun setelah sistem perbankan dan pelaburan Islam di Malaysia mulai berkembang maka lahirlah seorang pemimpin dan cendekiawan untuk menjadikan produk ini sebagai produk Islam.Ya! pelaburan ini halal.Sumbernya juga halal.Pinjaman yang diberikan juga halal.Mengikut instrumen Islam,halal dari segi pelaburan adalah bermaksud mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pakar2 syariah dalam bidang ini dan sumber pelaburan tidak halal adalah di antara 2-5% pelaburan itu.Haruslah ditekankan di sini,ini merupakan instrumen yang berbentuk mata wang dan bukannya makanan seperti nila setitik rosak susu sebelanga.Maka dengan ini,jatuhlah hukumnya melabur dalam ASB dalam bentuk pelaburan pinjaman atau persendirian adalah HARUS dan Halal.

Persoalannya di sini,baikkah jika kita sebagai masyarakat bumiputera menggunakan peluang yang ada sebagai satu jalan untuk kita memangkin ekonomi anak bangsa kita?Seperti yang kak Zaww,katakan ambillah pelaburan asb ini sebagai satu kebajikan kepada bangsa kita.Pelaburan ini bukan sahaja menguntungkan tetapi selamat.Malah membantu ekonomi bangsa kita secara tidak langsung.Bayangkan,dahulu nak membuat simpanan 5000 pun mengambil masa bertahun2.Masih ingat lagi sewaktu kak Zaww di sekolah menengah Perempuan,kelas mula pukul 7 pagi,kak Zaww masuk sekolah pukul 10am,alamak terlepas pulak,kak Zaw ada menonton siaran televisyen Malaysia Hari Ini suatu siaran forum yang terkenal satu ketika dahulu yang menjemput seorang bapa dan seorang anak sebagai tetamu undangan.Tujuan undangan itu untuk memberitahu seluruh rakyat Malaysia bagaimana seorang kanak-kanak Melayu yang berusia 9 tahun boleh menyimpan wang di dalan ASB sebanyak RM10,000 dalam masa 2 tahun dengan simpanan setiap hari.Simpan itu dibuat bersama ayahnya dengan mengutip tin-tin kosong dan hasil jualan itu dimasukkan ke dalam ASB.Kata ayahnya,wang ini untuk pendidikan anaknya kelak.Cekal betul hati seorang ayah dalam mendidik dan mengajar anaknya erti usaha,jimat cermat dan disiplin bagi mengejar segulung ijazah.Anda mampu ke mendidik anak anda dengan cara ini?Mungkin akan ada yang kata,kalau ada pilihan lain saya akan gunakan cara lain.Itu maksudnya,anda masih sayangkan anak anda bukan?
Tidak mengapa,ini hanyala sejarah lama dan kini ASB datang menyembah diri kepada kita tapi kita sombong menolaknya.

Desas desus mengatakan pelaburan ini hasilnya sedikit.Tidak berbaloi.Ada yang tidak habis2 membicarakan soal halal dan haram.Padahal sudah dinyatakan pelaburan ini hukumnya harus.Maka haruslah anda ambil.Ooo pinjam hutang ceti,beli kereta dalam pinjaman konvensional,beli rumah dalam pinjaman konvensional,itu tidak pula haram?!Tapi bila mempersoalkan soal pinjaman yang berkaitan dengan simpanan untuk masa depan jadi haram.

Janganlah kerana ini persoalan yang muncul hanya sedikit kekeliruan menjadikan anda buta hati untuk melabur di dalam ASB.Padahal anda merujumk kepada pihak ASB sendiri dan mendapatkan nasihat dari pakar kewangan Islam.Suatu ketika dahulu,seorang majikan saya telah pergi ke kaunter ASB.Sempat dia berbual dengan pekerja kaunter itu.Kata pekerja tersebut kuata ASNB telah pun penuh tetapi ramai lagi masyarakat Cina yang berpusu-pusu untuk membuat simpanan dalam ASNB.Tahukah berapa nilai quata bagi seorang individu untuk simpanan ASNB,ianya RM200,000  sama dengan amanah saham bumiputera.Tapi perbezaan hal milik pelabur adalah 80 peratus bukan Melayu dan 20 peratus sahaja simpanan bagi ASB.Masih banyak yang kosong yang perlu diisi.
Jadi di manakah kita?Jangan jawab.Lu pikirlah sendiri!

Jangan meletakkan simpanan ini sebagai satu komitmen yang tinggi kerana takut nanti anda tidak mampu untuk melabur berterusan.Malah,jika pelaburan anda di tengah jalan maka akan tercalitlah senarai hitam kerana anda asyik simpan dan asyik keluar.
Nikmatilah dividen hasil pelaburan setiap tahun dan dapatkanlah kapitalnya pada usia matang.Jangan risau pelaburan selamat.

Sekiranya,tidak mahu menggunakan dividen,pada usia matang wang anda akan melebihi kuata.Jadi,apa tunggu lagi.Melaburlah dalam amanah Saham Bumiputera!...

Opp2x..Ada lagi..Yang terakhir kak Zaww nak pesan,sekiranya anda mempunyai masalah kewangan,janganlah dijual saham ini.Sebaliknya,mintalah ahli keluarga tolong bayarkan.Mereka juga boleh merasai nikmat wang dividen tersebut.Jagalah,itulah satu-satu jaminan yang anda ada.Dan last but not least,sama-samalah kita melabur dalam Amanah Saham Bumiputera untuk membantu ekonomi orang Melayu secara tak langsung.Ini jugalah dinamakan perjuangan dan pengorbanan.InsyaAllah,jika niat kita baik,Allah akan melorongkan kita kepada sesuatu yang lebih baik.
Teringat saya satu slogan,dan saya suka dengan slogan itu.
"Gerbang perjuangan,Lambang Pengorbanan".Jumpa anda semua di Puncak Kejayaan.

Aminn..

Jumaat, 24 Oktober 2014

Bagaimana memastikan anda mampu membeli kereta.

Zaman sekarang kereta bukan sahaja penting malah merupakan keperluan pada masa ini.Apatah lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan yang sukar mendapat perkhidmatan kenderaan. Pasti sebagai seorang yang berjimat- cermat tentu anda mengidamkan sebuah kereta yang baik dan cantik untuk dibawa.Tapi apabila mengenangkan kereta itu anda menolaknya ke tepi kerana tidak mampu untuk membayar bulannya atau mungkin tidak cukup untuk menampung keperluan yang lain.Kemudian anda membuat keputusan membeli yang mengikut kadar kemampuan.Tapi tahukah anda pada masa ini kereta mudah untuk dibeli?Tidak seperti dahulu nak beli kereta pun perlu ada cagaran.Sekarang pinjaman penuh pun boleh dah dapat kereta.Tapi jarang yang berfikir berapa peratuskah dari kewangan anda mampu untuk menampung harga bulanan kereta tersebut? Mengikut pakar kewangan peribadi,tapi bukan kak Zaw yer, dari nilai gaji kasar anda hanya 20% sahaja anda mampu memiliki sebuah kereta.Contohnya gaji kasar= RM1500 X 20%=RM300 bulanan sebuah kereta.Nilai ini termasuklah interest yang ditetapkan oleh bank.Anda minat Mercedes, sabar ambilah CRV dahulu.Anda minat Myvi sabar ambillah kancil dahulu.Seimbangkan kewangan yang ada.Tapi kebiasaannya pihak bank melepaskan pinjaman anda bagi sebiji kereta dengan 30% dari gaji kasar anda.Kenapa? Sebab bank bagi pinjaman melalui kereta bukan minyak.Tetapi sebagai seseorang yang berjaga-jaga pastikan anda telah berikan ruang wang anda untuk minyak kereta anda.Sekiranya tidak,anda akan kesempitan wang. Selalunya pasangan yang berkahwin mampu membeli kereta yang lebih cantik dan selesa.Memandangkan pasangan masing2 sudi berkongsi dari segi urusan isi rumah dan kenderaan.Selebihnya,masuk tabung insurans anak anda.Harga minyak RON95 telah naik sebanyak 10% dari harga seliter,jadi anda perlu jimatkan wang anda sekarang sebanyak 20% bagi memastikan kewangan anda berada dalam keadaan yang stabil.
Tip membeli kereta:
1) Elakkan membeli kereta baru bagi pemilik pertama kereta,tetapi belilah kereta terpakai terlebih dahulu.
2) Sebuah kereta yang biasanya telah dijual atau trade in setelah usia kenderaan yang dipakai selama 5 tahun.
3) Kadar susut nilai kenderaan terpakai adalah lebih kurang RM3000 setahun bagi tempatan, manakala kadar susut nilai bagi kereta import adalah lebih kurang RM6000 setahun bergantung kadar inflasi negara kita.Jadi bayangkan berapa banyak kita jimat.
4) Carilah kereta yang baik keadaannya.Aircond, enjin dan bukan kenderaan yang pernah kemalangan.Enjin, carilah millage kereta yang rendah.Ini untuk memastikan kenderaan anda boleh digunakan untuk jangan masa sekurang2nya 3-5 tahun.
5)Jika anda ingin membeli kereta terpakai, anda perlukan sekurang2nya RM 2,500 sebagai down payment.Tambahan RM500 simpanan untuk membaiki kenderaan sekiranya berlaku apa2.Tetapi jika anda bijak memilih kereta yang baik, anda jimat RM500.
6)Peminat kereta baru? Boleh juga.Sesudah anda mengira kewangan anda dan anda mampu untuk memiliki sebuah kereta baru,pastikan anda mempunyai down payment sekurang2nya 10% dari nilai kereta tersebut kerana ini sangat penting untuk memastikan pinjaman anda mendapat kadar interest yang paling rendah dan bergantung kepada diskaun bank tersebut. Contohnya: Nilai kereta: RM50,000
Min Down Payment: RM5000
BLR: 6.7%
RHB: beri diskaun -3.8%
CIMB: beri diskaun -3.7%
AMBANK: beri diskaun -3.9%

Jadi pilihlah bank Ambank kerana kadar diskaun kenderaan adalah lebih rendah iaitu 6.7%-3.9%:2.8%
7)Tempoh pembayaran kereta baru yang baik adalah 9 tahun bukan 10 tahun kerana nilai kereta anda pada 10 tahun akan menjadi di bawah harga pasaran.
8)GST akan diwarkan tidak lama lagi.Harga kereta sedang naik dengan tambahan 6% dan ini memberi kesan pada kereta import, Jadi belilah kereta buatan Malaysia.
9)Pilihlah kereta yang modelnya diterima ramai dan fesyennya up to date dan masih kelihatan menarik 10 tahun akan datang kerana harga kereta sangat susah untuk susut. Contohnya Mercedes.Walaupun Mercedes lama Nabila anak Amy Search pun minat!
10) Kereta hanyalah satu pengangkutan dan cukup masa ia akan rosak dan akan bawah banyak masalah sekiranya tidak dijaga, jadi berfikir panjang sebelum mengambil sebiji kereta dan kalau anda seorang yang tidak mahu commitment ambillah sebiji kereta cash.Jana pendapatan melalui kereta cash.

Setakat ini sahaja entri kak Zaw hari ni.See ya for next entri!