Khamis, 2 Februari 2017

Jangan membazir makanan

Assallamuailaikum w.b.t,

Makanan merupakan keperluan yang penting dalam kehidupan kita.Bagaimana kita hidup tanpa makan?Namun lain pula bunyinya jika kita hidup untuk makan.

Islam telah menggariskan panduan kepada diri kita sebagai seorang muslim untuk tidak membazir makanan. Sekiranya kita membazir makanan itu samalah juga dengan sifat qanaah itu sendiri yang dimiliki oleh syaitan.

Pernah juga kita mendengar "Jangan membazir nanti nasi nangis" inilah sinonimnya kehidupan kita hari ini. Membelilah dengan seadanya.Jangan membazir hanya kerana kita mahu kehidupan kita kelihatan mewah dengan makanan.

Makanan adalah salah satu bukti rezeki yang Allah kurniakan kepada kita sebagai makhluk yang telah Allah ciptakan di muka bumi ni. Apabila kita menghargai makanan, ini samalah maknanya kita menghargai nikmat dan rezeki yang Allah berikan.

Saat kita dalam kemewahan, kita bersedekah malah saat kita kekurangan, kita teruskan bersedekah.Sesungguh yang masuk ke dalam badan insan yang kita sedekahkan itu menjadi darah dagingnya.InsyaAllah, berterusan jugalah pahala yang Allah berikan.

Namun, ada juga segelintir di kalangan kita yang lalai untuk menghargai makanan. Membeli juadah yang banyak namun tidak dapat dihabiskan.Bergembiralah syaitan dan iblis melihat rezeki yang Allah kurniakan membazir begitu sahaja.

Bagaimanakah caranya kita untuk menghargai makanan?Masaklah secukupnya dan makanlah secukupnya. Jangan dibuang lebihan nasi.Jangan dibuang lebihan lauk.Habiskanlah.Ramai manusia di luar sana memerlukan makanan. Kita pula Allah takdirkan mewah dengan makanan.

Jika lebih, panaskan untuk keesokkan,jika rosak barulah kita buang.Namun elakkan dari terlupa menyimpannya.Elakkan jadi seorang yang leka dan lalai. Allah menyayangi insan yang menghargai makanan.
Dari situlah rezeki yang kita ada bertambah.Kewangan yang kita ada dapat dijimatkan untuk keperluan yang lain. Ingatlah!masih ramai yang kelaparan di luar sana.
Bayangkanlah berapa ramai yang kebuluran yang dapat kita kenyangkan jika makanan tersebut tidak dibazirkan.

Tidak salah makan di luar asalkan jangan membazir.Jangan tidak habiskan makanan tersebut.Jika banyak bahagi 2.

Jika tidak dapat habiskan, kongsilah.
Sama-sama kita renungkan.

Perbuatan yang kecil ini dalam menyelamatkan ramai manusia
yang sedang kebuluran.


InsyaAllah..Aminn..

0 ulasan: