Rumah merupakan satu asset yang diidamkan oleh setiap orang.
Samaada rumah kecil atau besar, setiap orang mengharapkan untuk mempunyai rumah sendiri.
Apa yang penting adalah persediaan sebelum memiliki rumah.
Ini kerana komitmen untuk membayar sebuah rumah memerlukan komitmen yang tinggi kerana pembayaran bulanan rumah mengambil masa sehingga maksimum 30 tahun-40tahun.
Oleh itu, kak Zaww nak kongsikan beberapa tips untuk membeli rumah.
1. Sekiranya anda berusia muda, ini merupakan satu permulaan yang sangat baik untuk anda membuat simpanan.Ya. Wajib menyimpan. Ini kerana, dengan simpanan itu adalah wang permulaan untuk membeli rumah pertama samaada rumah tersebut rumah 2nd atau baru. Berapa simpanan yang perlu ada?
1) Bagi rumah baru :
Wang yang perlu disediakan sebelum membeli sebuah rumah adalah sejumlah wang 'booking' dengan pihak'developer'.
Prosedur membeli rumah sekarang, seseorang individu itu perlu meletakkan sejumlah wang tunai kepada pihak developer sebelum membeli rumah.
Wang tersebut adalah sebagai wang pendahuluan di mana mereka akan hantar borang permohonan pinjaman kepada pihak bank yang terpilih untuk memastikan pinjaman anda lulus atau tidak.
Sekiranya pinjaman anda lulus, wang tersebut akan ditolak dari jumlah 10% downpayment pembelian rumah.
Sekiranya tidak, wang tersebut akan dipulangkan atau bergantung kepada perjanjian dengan pihak developer.
Berapakah jumlah wang booking? Wang booking kebiasaannya sebanyak RM500-RM5000 dan bergantung kepada pihak developer itu sendiri.
Ada juga pihak developer tidak meletakkan sebarang wang pendahuluan untuk membeli rumah.
2) Bagi rumah 2nd hand :
Kebiasaannya, anda perlu menyediakan 3% dari harga rumah yang dijual sebagai proses pinjaman sebelum anda membuat pengeluaran 10% daripada KWSP anda.
2. Jangan berhutang. Ini yang paling penting sebenarnya. Semua orang mengambil masa untuk membeli rumah. Jadi anda ambillah masa yang sesuai.
Jangan buat pinjaman peribadi ke apa ke. Tapi pastikan ada ada satu kredit kad.Bayar cantik-cantik. Berapa anda pakai, sama juga dengan berapa anda bayar.
Wang tidak datang bergolek. Jadi sabar ye. Jangan gelojoh. Takut rumah tu terlepas? Jadi pastikan persediaan no.1 di atas cukup ye.
3. Berapakah kemampuan anda untuk membeli rumah? Kiralah 40% dari pendapatan bersih anda. Mudahkan?
4. Berapa nilai rumah yang anda boleh beli? Sila semak akaun KWSP anda. Lihat akaun 2. Contoh nilainya RM11,000 (10%).
Carilah rumah yang nilainya RM110, 000 atau lebih rendah. Teringin rumah lebih mahal atau menepati selera anda?
Anda boleh gabungkan pendapatan suami dan isteri. Tapi pastikan 40% dari pendapatan bersih anda dan isteri anda supaya mengikut kemampuan.
Sekiranya anda ingin membeli rumah bernilai RM250,000, anda perlu mempunyai RM25,000 sebagai down payment selepas anda berjaya mendapat S & P agreement.
Kebiasaannya bank akan lulus 90% pinjaman. Jika bank hanya lulus 85% pinjaman, anda perlu menyediakan 15% downpayment.
Sebagai contoh :
Harga rumah : RM250,000.00 - RM25,000(10%) = RM225,000
Interest : BFR - bank discount (6.6%[2016]- 2.4% [Bank Islam])- boleh rujuk www.bnm.com.my
Pinjaman : 30 tahun (360bulan)
Anggaran bulanan : [RM225,000 + (RM225,000 X 4.2%setahun X 30 tahun)] / 360 bulan
Anggaran bulanan : RM1,412.50 ~ RM1,450.00 sebulan
Gaji bersih anda : RM2,000 setelah ditolak komitmen peribadi anda termasuklah bayaran bulanan kereta anda.
Gaji bersih isteri anda : RM2,500 setelah ditolak komitmen peribadi isteri termasuklah bayaran bulanan kereta anda.
Jumlah keduanya : RM5,000 X 40% = RM1,800 sebulan.
Bandingkan : Anggaran bulanan rumah dibandingkan dengan 40% kemampuan anda
Kesimpulan : RM1,450 dibandingkan RM1800 sememangnya anda layak memiliki rumah idaman anda.
Tetapi kebiasaannya, nilai bulanan yang perlu anda bayar yang sebenar akan lebih rendah dari kiraan anggaran.
Mungkin perbezaan 15% - 20% dari kiraan anggaran. Anda juga boleh kira menggunakan kalkulator pinjaman perumahan.
Lebih mudah.
Atau
Dari jumlah bayaran bulanan, darabkan kepada 3 untuk jumlah kelayakkan pendapatan seorang atau seisi rumah. (cth: Bulanan RM1,450 x 3= RM4,350 adalah pendapatan minima)
5. Seeloknya, untuk membeli sebuah rumah, eloklah mempunyai hutang kereta sahaja. Kredit kad yang kak Zaww nyatakan tadi, adalah bagi mereka yang tidak mempunyai pinjaman dengan mana-mana bank.Mungkin mempunyai kereta yang dibeli secara tunai.
6. Pilihlah lokasi yang sesuai. Adalah baik membeli rumah yang berdekatan dengan lokasi tempat kerja anda. Lebih jimat bukan?
Lokasi juga adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan kerana ia juga berperanan untuk mendapat penilaian yang baik dari pihak bank.
Lokasi yang berpotensi, membolehkan pihak bank meluluskan pinjaman yang tinggi sehingga 90%.