Khamis, 27 April 2017

Isteri perlu bijak mengurus kewangan rumahtangga

Assallamuailaikum w.b.t

Sebagai seorang wanita, sudah menjadi lumrah untuk menjadi teman di samping suami di saat susah ataupun senang.
Sememangnya,segelintir di kalangan wanita sanggup keluar bekerja bagi membantu suami terutamanya dari sudut kewangan.
Namun,kerana ini ada wanita yang akhirnya terjerumus menanggung hampir keseluruhan perbelanjaan dalam rumahtangga.
Di manakah silapnya dan siapa yang harus dipersalahkan?
Sikap kasih sayang adakalanya perlu diletakkan di tempat yang betul. Apabila seseorang wanita itu, meletakkan kasih sayang yang hebat kepada suaminya, akhirnya mereka sanggup melakukan apa sahaja. Sehingga akhirnya memakan diri sendiri.

Apabila berbicara tentang kewangan, tidak dinafikan seorang isteri mahu melihat suaminya kelihatan segak dan berduit.
Hanya untuk meraih pandangan mata masyarakat luar sedangkan apa yang perlu dalam rumahtangga adalah lebih dari itu.
Keseimbangan itu sangat perlu dalam memiliki harta, cinta dan anak-anak.
Perbincangan yang serius perlu agar memastikan tiada antara salah satu pasangan mengalami ketidakseimbangan ekonomi.

Bagi yang mempunyai anak, keutamaan kepada anak sangat perlu dalam memberi pendidikan dan keperluannya. Namun, perancangan dalam pendidikan juga sangat dititikberatkan.
Sebagai seorang wanita, menjadi bijak bukanlah bermaksud menggunakan harta suaminya ke jalan yang salah.Tetapi membawa maksud menyimpan sebahagian wang untuk digunakan di masa akan datang.Wang adalah raja pada masa kini.Tanpa wang kita tidak mampu membeli sesuatu keperluan dan memenuhi kehendak. Sikap yang berlebih-lebihan sebenarnya bukan sahaja membawa kepada unsur riyak yang membawa kepada syirik shugra namun, sikap yang belebihan ini secara tidak langsung merosakkan akal generasi muda pada masa kini.

Wang tidak datang bergolek.Wang perlu dicari dan diusahakan. Apa sahaja yang didapati merupakan rezeki dari Allah taala yang wajib kita syukuri.Jangan jadikan medium perantaraan ini sebagai satu sebab berlakunya pepecahan dalam rumahtangga hanya akibat tekanan yang tidak sanggup dipikul.

Ketegasan dalam mendisplinkan ekonomi rumahtangga sangat diperlukan demi masa hadapan.
Amanahkan diri sendiri untuk membantu rumahtangga bukan untuk menunjukkan kekayaan semata-mata.Tapi buatlah kerana Allah s.w.t. Tika sihat akan datangnya sakit dan tika senang akan datangnya susah.Ketahuilah, mendidik suami dalam tanggungjawabnya sebenarnya membantu kepada keberkatan dalam rezekinya. Itulah yang dinamakan bijak.Suami memang ditakdirkan untuk membelanjakan hartanya ke jalan Allah seperti membelanjakan rezekinya untuk memberi nafkah kepada anak-anak dan isterinya dan menampun keperluan ibu bapanya. Sebagai isteri,ubahlah minda dan aturan secara beransur-ansur untuk mendapat keseimbangan dalam ekonomi rumahtangga.

Tiada apa yang perlu ditakutkan dalam kehilangan harta benda, kerana apabila ia hilang,yakinlah akan Allah berikan ganti yang lebih baik.Namun janganlah kita kehilangan rumahtangga, kerana rumahtangga adalah masjid yang dibina. Ketahuilah masjid itu rumah Allah yang Maha Memberi.
Bersedekah itu dituntut dalam Islam, namun Rasulullah ada berkata sedekahkanlah sebahagian hartamu yang membawa maksud untuk kita rasa qanaah (rasa cukup) dengan pemberian Allah.
Itu tanda insan yang bersyukur.

Mulailah dengan nilai yang kecil,InsyaAllah Allah akan membantu usaha semua isteri di dunia ini.
Rahsialah segala simpanan untuk mengelakkan rasa cemburu dan iri hati yang membawa kepada perpecahan.Jujurlah dengan Allah s.w.t dan suami juga anak-anak supaya mereka memahami tugas serta tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Semoga berjaya semua wanita..