Jumaat, 24 Oktober 2014

Bagaimana memastikan anda mampu membeli kereta.

Zaman sekarang kereta bukan sahaja penting malah merupakan keperluan pada masa ini.Apatah lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan yang sukar mendapat perkhidmatan kenderaan. Pasti sebagai seorang yang berjimat- cermat tentu anda mengidamkan sebuah kereta yang baik dan cantik untuk dibawa.Tapi apabila mengenangkan kereta itu anda menolaknya ke tepi kerana tidak mampu untuk membayar bulannya atau mungkin tidak cukup untuk menampung keperluan yang lain.Kemudian anda membuat keputusan membeli yang mengikut kadar kemampuan.Tapi tahukah anda pada masa ini kereta mudah untuk dibeli?Tidak seperti dahulu nak beli kereta pun perlu ada cagaran.Sekarang pinjaman penuh pun boleh dah dapat kereta.Tapi jarang yang berfikir berapa peratuskah dari kewangan anda mampu untuk menampung harga bulanan kereta tersebut? Mengikut pakar kewangan peribadi,tapi bukan kak Zaw yer, dari nilai gaji kasar anda hanya 20% sahaja anda mampu memiliki sebuah kereta.Contohnya gaji kasar= RM1500 X 20%=RM300 bulanan sebuah kereta.Nilai ini termasuklah interest yang ditetapkan oleh bank.Anda minat Mercedes, sabar ambilah CRV dahulu.Anda minat Myvi sabar ambillah kancil dahulu.Seimbangkan kewangan yang ada.Tapi kebiasaannya pihak bank melepaskan pinjaman anda bagi sebiji kereta dengan 30% dari gaji kasar anda.Kenapa? Sebab bank bagi pinjaman melalui kereta bukan minyak.Tetapi sebagai seseorang yang berjaga-jaga pastikan anda telah berikan ruang wang anda untuk minyak kereta anda.Sekiranya tidak,anda akan kesempitan wang. Selalunya pasangan yang berkahwin mampu membeli kereta yang lebih cantik dan selesa.Memandangkan pasangan masing2 sudi berkongsi dari segi urusan isi rumah dan kenderaan.Selebihnya,masuk tabung insurans anak anda.Harga minyak RON95 telah naik sebanyak 10% dari harga seliter,jadi anda perlu jimatkan wang anda sekarang sebanyak 20% bagi memastikan kewangan anda berada dalam keadaan yang stabil.
Tip membeli kereta:
1) Elakkan membeli kereta baru bagi pemilik pertama kereta,tetapi belilah kereta terpakai terlebih dahulu.
2) Sebuah kereta yang biasanya telah dijual atau trade in setelah usia kenderaan yang dipakai selama 5 tahun.
3) Kadar susut nilai kenderaan terpakai adalah lebih kurang RM3000 setahun bagi tempatan, manakala kadar susut nilai bagi kereta import adalah lebih kurang RM6000 setahun bergantung kadar inflasi negara kita.Jadi bayangkan berapa banyak kita jimat.
4) Carilah kereta yang baik keadaannya.Aircond, enjin dan bukan kenderaan yang pernah kemalangan.Enjin, carilah millage kereta yang rendah.Ini untuk memastikan kenderaan anda boleh digunakan untuk jangan masa sekurang2nya 3-5 tahun.
5)Jika anda ingin membeli kereta terpakai, anda perlukan sekurang2nya RM 2,500 sebagai down payment.Tambahan RM500 simpanan untuk membaiki kenderaan sekiranya berlaku apa2.Tetapi jika anda bijak memilih kereta yang baik, anda jimat RM500.
6)Peminat kereta baru? Boleh juga.Sesudah anda mengira kewangan anda dan anda mampu untuk memiliki sebuah kereta baru,pastikan anda mempunyai down payment sekurang2nya 10% dari nilai kereta tersebut kerana ini sangat penting untuk memastikan pinjaman anda mendapat kadar interest yang paling rendah dan bergantung kepada diskaun bank tersebut. Contohnya: Nilai kereta: RM50,000
Min Down Payment: RM5000
BLR: 6.7%
RHB: beri diskaun -3.8%
CIMB: beri diskaun -3.7%
AMBANK: beri diskaun -3.9%

Jadi pilihlah bank Ambank kerana kadar diskaun kenderaan adalah lebih rendah iaitu 6.7%-3.9%:2.8%
7)Tempoh pembayaran kereta baru yang baik adalah 9 tahun bukan 10 tahun kerana nilai kereta anda pada 10 tahun akan menjadi di bawah harga pasaran.
8)GST akan diwarkan tidak lama lagi.Harga kereta sedang naik dengan tambahan 6% dan ini memberi kesan pada kereta import, Jadi belilah kereta buatan Malaysia.
9)Pilihlah kereta yang modelnya diterima ramai dan fesyennya up to date dan masih kelihatan menarik 10 tahun akan datang kerana harga kereta sangat susah untuk susut. Contohnya Mercedes.Walaupun Mercedes lama Nabila anak Amy Search pun minat!
10) Kereta hanyalah satu pengangkutan dan cukup masa ia akan rosak dan akan bawah banyak masalah sekiranya tidak dijaga, jadi berfikir panjang sebelum mengambil sebiji kereta dan kalau anda seorang yang tidak mahu commitment ambillah sebiji kereta cash.Jana pendapatan melalui kereta cash.

Setakat ini sahaja entri kak Zaw hari ni.See ya for next entri!

0 ulasan: