Assallamuailaikum semua..kak Zaww baru perasan rupakan blog yang kak Zaww post hari tu ada masalah teknikal sedikit.Jadi kak Zaww masukkan entri kali ni untuk refresh balik topik "Beri belanja kepada Ibu dan bapa".
Berapakah nilainya kasih dan sayang kita kepada ayah dan ibu?Pastinya kita tidak perlu tanya kasih sayang ayah dan ibu itu sebenarnya tidak ternilai.Cumanya,kita sebagai anak perlu tanya pada diri kita sendiri nilai kasih kita.Kak Zaww sebagai penulis blog ingin memberi jawapan "kasih kak Zaww pada mak,mama,abah dan ayah hingga ke syurga,terima kasih kerana melahirkan dan menjaga saya.Terima kasih kepada mak kerana melahirkan seorang suami yang baik buat saya.Ini bonus yang sangat tidak ternilai"..Hakikatnya,kita semua lahir sebagai anak tapi belum tentu kita lahir sebagai ibu dan ayah.
Jadi,topik ini memang sesuai sangat untuk mereka bergelar anak.Seorang anak yang baik mahupun tidak,tetap hatinya terikat dengan kasih sayangnya pada ibu dan ayah.Kalau di dunia dia berbuat jahat,di akhirat mungkin dia merupakan anak yang soleh.Kerana dia tidak pernah sekalipun menidakkan ibunya walaupun seketika.Apatah lagi,untuk anak yang baik di dunia dan InsyaAllah di akhirat kelak.
Kita sekolah kemudiannya bekerja.Memang begitu kehidupan.Tapi membicarakan soal wang untuk memberikan kepada ibu dan ayah selalu dan sering sahaja gagal dilakukan.Kenapa?Alasan gaji tak cukup.Atau baki dari gaji tidak cukup untuk memberikan kepada ibu dan abah.Apakah yang sebenarnya kita fikirkan? Yang sebenar yang kita fikirkan berikan belanja kepada ibu dan bapa itu bukanlah satu keutamaan!
Jadi keutamaan kita letakkan adalah kepada anak dan isteri atau kepada kereta,sewa rumah@bagi yang telah membeli rumah,khasnya untuk bank,baju dan kasut yang berjenama, dan kepada minyak kereta etc.Jadi disebabkan keutamaan yang dicipta sendiri itulah ibu dan bapa kita dipinggirkan ke tepi.Tahukah anda setiap langkah anda diiringi doa ibu dan bapa.Ayuh! kita letakkan diri kita sebagai ibu dan ayah,atau mungkin seorang yang berjiwa sensitif,bolehkah kita tidak terlintas langsung mengenai orang yang kita sayang terutama anak kita sendiri.Walau tangan kita tak boleh menadah tangan untuk berdoa,pasti sangkaan dan tanggapan kita itu mahu mereka berjaya dan dalam keadaan yang selamat."Sangkaan itu satu doa kawan-kawan'"Walau baik atau tidak,sampai doa itu.Itulah maksud yang kak Zaww ingin sampaikan,sangkaan ibu dan ayah kitalah yang memudahkan laluan kita walaupun mereka tiada di dunia ini.Doa itu kekal.Ia tidak hilang dan sentiasa kekal.Itulah kebesaran Allah s.w.t.
Jadi,betulkan semula keutamaan kita.Walau berderet-deret sekali pun askar anda dan isteri anda.Tempatkan ibu dan bapa itu sebagai keutamaan dalam hidup kita.Apalah sangat beri belanja kepada ibu dan bapa untuk dibandingkan dengan doa mereka untuk kita.Lelaki mahupun perempuan semuanya sama sahaja.Cubalah beri dengan sedikit dahulu dan perlahan-perlahan menjadi banyak.Kalau RM50 sebulan,setahun RM600,kalau 10tahun RM6000.Kalau ada 10 orang anak RM60,000.Walaupun mereka lebih dambakan duit di akhirat kelak.Ini juga ditulis di kanan kita jika kita ikhlas kerana Allah s.w.t.
Marilah kita sama-sama mulakannya,supaya langkah kita sentiasa diiringi doa mereka.
Bukan untuk riak mahupun bongkak,pengalaman kak Zaww sendiri,kadang-kadang ada satu dua bulan tu terlebih bajet,tapi rezeki yang datang tidak pernah putus.Ada sahaja yang membantu secara tidak langsung.Pernah juga diuji Allah untuk melihat sejauh mana keikhlasan kita sebagai anak.Tapi tahu tak siapa yang membantu,ibu dan bapa juga!
Ingatlah,keutamaan kita kini ibu dan bapa.Mereka ingat kita jika kita ingat mereka.Masa yang ada tidaklah lama kerana di dunia ini hanyalah sementara.Berilah belanja kepada mereka,Insya Allah,segala tanggungjawab kita akan terlaksana dengan mudahnya.
Bagi para suami,janganlah risau.Langkah anda diiringi doa ibu dan bapa anda walaupun mereka telah tiada.Setiap wang yang anda keluarkan untuk keluarga anda adalah satu pahala dan InsyaAllah anda akan berjaya dunia dan akhirat.Maka ramailah wanita di dunia ini mendambakan lelaki yang seperti ini.Kerana mereka tahu bahawa,lelaki yang menyayangi ibu dan bapanya,maka jika dia menjadi isterinya,dia juga akan disayangi seperti ibu dan bapanya.
TAPI JANGAN PULA ADA LELAKI YANG MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK BERKAHWIN LAGI SEBAB NANTI IBU DAN BAPA ANDA DOA YANG LAIN PULA..
Kak Zaww,ingin kongsikan satu video yang penuh syahdu,bagaimana seorang anak merindui kasih ibu dan bapanya dan dia masih kecil tetapi dibahunya tergalas tanggungjawab yang sangat besar.
Buat suami tercinta,terima kasih untuk kasih sayangmu yang tidak terhingga.Berbaktilah kepada ibu dan bapa tanpa henti.Saya rela..Semoga hidupmu sentiasa diberkati.Ini bukanlah satu janji..tapi Ini adalah sumpah yang telah pun termaktub asalkan seimbang kedua-duanya.InsyaAllah.
0 ulasan:
Catat Ulasan