Khamis, 2 Februari 2017

Dana Full Settlement

Dana bermaksud jumlah di dalam sesuai nilai yang telah ditetapkan.
Mempunyai sesuatu dana dapat membantu kita untuk mencapai sesuatu 'target'. Ini dapat membantu kita untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mencapai sesuatu hal. 

Sekiranya kita mempunyai dana yang mencukupi, masalah yang ada dapat dikurangkan dan seterusnya memberi ketenangan kepada diri kita sendiri dan juga keluarga. 

Untuk kali ini, kak Zaww nak memberitahu bahawa perlunya bagi kita untuk mempunyai dana 'full settlement'. Di Malaysia ini sudah menjadi satu kemestian bagi rakyat untuk berhutang. Seperti hutang kereta, rumah dan lain-lain. 

Namun, semakin hari semakin lama kita berhutang membuatkan hati kita merasa bosan. Terdetik seperti 'bilalah hutang nak habis'. Jadi simpanan dana ini perlulah melalui peringkatnya. 

Peringkat yang dimaksudkan adalah menyimpan untuk menyelesaikan yang mana satu masalah dahulu. Seperti membuat full settlement untuk kadar interest yang lebih tinggi dahulu atau menyelesaikan nilai yang paling rendah dahulu.

Sekiranya membayar kadar interest yang paling tinggi dahulu, ini dapat mengurangkan kadar nilai yang tinggi ketika membayar pinjaman. 

Bagi yang memilih nilai yang rendah, tidak kira pinjaman dengan orang atau bank, perlulah juga diselesaikan. 

~Selamat mencuba~

0 ulasan: