Rumahtangga yang dibina kerana Allah s.w.t sentiasa mendapat keberkatan dan lindungan dari Allah s.w.t.Sebagai seorang muslim dan muslimah, kita disarankan untuk berjimat-cermat sentiasa.
Hidup secara sederhana dan melaksanakan perintah Allah s.w.t dengan sebaik-baiknya sangat-sangat dituntut dalam Islam.
Topik kali ini kak Zaww ingin mengupas mengenai menyimpan wang di dalam rumahtangga.
Kita tidak dapat menafikan, dengan cabaran kehidupan yang ada sekarang, ramai pasangan yang
baru berkahwin berhadapan dengan kemelutan ekonomi rumahtangga.Anggaplah ini adalah dugaan yang Allah janjikan untuk memberi yang lebih baik di masa akan datang.Teruskan istoqamah dan InsyaAllah, Allah akan memberikan jalan keluar setiap permasalahan.
Persoalannya mampukah kita sebagai suami isteri untuk menyimpan wang, sedangkan gaji atau pendapatan yang diterima cukup-cukup sahaja.
Pada pandangan kak Zaww, perkara ini merujuk kepada cara pengurusan kewangan dan keinginan kita untuk memiliki. Sebaik-baik perancangan dalam rumahtangga adalah untuk mempunyai wang simpanan. Mengapa harus mempunyai simpanan? Ini adalah kerana untuk memastikan:
1) Meningkatkan ekonomi rumahtangga
2) Sebagai cagaran ketika berlaku kesulitan seperti kehilangan perkerjaan, masuk hospital dan sebagainya.
3) Mencapai keinginan untuk membeli rumah, kereta dan kelengkapan rumah.
Rasionalnya, sewaktu kita hidup bujang kita mempunyai satu pendapatan dan apabila kita berkahwin, seharusnya bagi wanita yang bekerja, pendapatan sepatutnya menjadi pendapatan yang kedua dalam keluarga. Berkenaan dengan perkara di atas menunjukkan, pendapatan kedua adalah pendapatan lebihan bagi satu buah isi rumah. Ini bermakna, setiap pasangan itu mesti mampu untuk menyimpan wang walaupun hanya RM50 atau RM100 sebulan.
Pasangan suami isteri akan dapat menyimpan wang dengan cara:
1) Suami memastikan segala perbelanjaan isi rumah dipenuhi seperti sewa rumah, membeli pakaian isteri dan makan dan minum isteri dipenuhi.
2) Isteri membantu suami bagi ketidakcukupan untuk menanggung perbelanjaan seperti membayar bil air atau api dan membayar wang kereta bersama-sama.
3) Memberi belanja makan untuk isteri yang bekerja (menjaga nafkah isteri adalah tanggungjawab suami).
4) Isteri boleh memasak bagi menjimatkan kos makan di luar.
5) Membayar yuran persekolahan anak-anak.
Apabila perkara di atas dapat dipenuhi, isteri pula perlu memainkan peranan untuk menyimpan wang demi kepentingan keluarga.
Ini kerana, wang simpanan itu boleh membantu menyelesaikan pelbagai perkara kecemasan seperti:
1) Jatuh sakit
2) Hilang pekerjaan
3) Hilang sumber pendapatan dan menggunakannya sebagai permulaan modal perniagaan
4) Menanggung kos bulan isi rumah sementara mendapat pekerjaan.
5) Modal kos belanja sekolah anak-anak sekiranya tidak bekerja.
Walaubagaimanapun, harus diingat, setiap yang disimpan pasti akan habis sekiranya kita tidak mencari sumber pendapatan yang
berterusan. Latihlah diri mulai sekarang untuk menyimpan walaupun apa sahaja nilainya.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tidak ada istilah goyang kaki dalam hidup seorang muslim.
Semoga segala apa yang kita usahakan dengan niat kerana Allah s.w.t akan mendapat keredhaanNya.
" Setiap ujian dan dugaan yang kita lalui, akan diiringi dengan kesenangan.Bersabar dan istiqomahlah.Semoga kita berjaya"

0 ulasan:
Catat Ulasan