Assallamuailaikum w.b.t..
Ramadhan akan meninggalkan kita, rasa sedih kerana suasana Ramadhan akan berakhir dan Syawal pula yang akan menjelma.
Pelbagai persiapan untuk menyambut kedatangan Syawal, dan hari ni kak Zaww tengok semua jalan di sekitar Shah Alam sudah pun lengang. Tiada lagi kesibukan kenderaan untuk ke sekolah mahupun ke tempat kerja.
Masing-masing semangat nak balik beraya melawat ibu dan ayah di kampung. Anak-anak seronok nak beraya sebab nak jumpa sepupu sepapat untuk bermain bersama.Indahnya suasana hari ini untuk menjalinkan ukhwah persaudaraan. Terasa hilang kesibukan di kota.
Namun, we still need to control ourselves but kata orang putih la.Awas dengan perbelanjaan, jangan sampai lari dari bajet yang kita dah target.
Kadang-kadang tu terpaksa jugak mengeluarkan wang untuk menyambut kedatangan raya supaya suasana itu nampak sempurna.Well, honestly, keluarga besar kak Zaw pun macam tu juga sebenarnya.
Bertapa pentingnya kita merancang perbelanjaan di Hari Raya. Ini kerana banyak kos yang perlu kita sediakan untuk menyambut kedatangannya. Sikap tidak ambil endah ini sebenarnya membuatkan kita rasa kurang keseronokan di hari Raya.
Bayangkanlah berapa banyak kos yang kita kena hadap seperti:
1) Servis kenderaan
Semua orang ingat servis kenderaan ini hanya tukar minyak hitam je, sebenarnya ada lagi yang perlu di ambil kira, Jika kita tidak membuatnya awal sebelum di hari Raya, maka kuranglah perbelanjaan kita di Hari Raya.
2) Beli Baju Raya
Adakalanya, nak menghidupkan suasana Hari Raya ini adalah dengan membeli baju raya. Memanglah ada baju raya yang lama yang boleh dipakai, tetapi kita ada keinginan. Namun, jika tidak ada pun tak mengapa, ia bukan sesuatu yang wajib untuk di penuhi.Tepuk dada tanya selera ye guys!
3) Beli Kuih Raya
Korang ingat kuih raya sekarang murah-murah ke? Mahal okay.Jangan tak amik peduli, walau macam manapun orang tetap akan datang beraya rumah korang dan makan kuih raya.So,kena kira bajet jugak okay beli semua ini
4) Persediaan jamuan di Hari Raya
Okay, semua ni bergantung kepada budaya sesebuah keluarga, Jika ramai yang datang bertandang, maka banyaklah juadah yang perlu disediakan. Ini kerana, takkanlah orang beraya nak bagi perut lapar.Itu semua bukan air liur je okay? Itu semua duit yang perlu disediakan.Janganlah tak amik peduli. Kita ramai dalam satu keluarga,berkongsi-kongsilah.
5)Duit Raya
Okay, kak Zaww just nak bagitahu, duit raya ini penting untuk anak-anak. Walaupun hanya RM1, tapi kita nak melihat mereka ceria di pagi raya. Apabila mereka dapat duit raya, mereka gembira.Pedulikan orang lain yang bagi banyak. Itu semua rezeki mereka. Mungkin, mereka telah menyimpan lebih awal dari anda. Jadi, mulakan walaupun kecil. Ini semua sedekah. Jangan berkira-kira sangat.Kalau nak bagi mak ayah lagi bagus,sekadar seronok-seronok.
6) Minyak Kenderaan
Guys!Nak raya ni nak banyak berjalan.Pergi ke rumah saudara mara. So, kena adalah bajet nak keluar pergi ke rumah orang nak isi minyak.Seronok berjalan beraya. Barulah seronok.
So, 6 kos di atas kena amik perhatian. Sebab kita memang tak boleh lari dari kos ni. Kecuali, you guys memang tak nak beraya. Tapi kita dah ada dalam bulan Syawal. Kena beraya jugakkan.Tak perlu terlampau havoc just sederhana. Semuanya sederhana.
Berapa bajet nak peruntukkan?
Terpulang kepada masing-masing. Tapi jangan letak terlampau rendah sangat, takut lari bajet. Make sure ada 30% lebihan dari bajet tu, so that boleh cover belanja selepas Hari Raya. Lebih tak pe jangan kurang. Bila tak ada bajet, you still lost because bulan Raya macam-macam boleh happen.
Serius, kalau tak standby, untill at the end of the year, you will never feel enough. Sebab setakat ini, perbelanjaan paling besar bagi orang Melayu adalah kos hari Perayaan. So, balance it up..Okay guys??
Let's say:
1) Servis kenderaan - tukar tayar, minyak hitam, minyak gearbox, road tax
- buat sebelum 6 bulan sebelum Hari Raya
2) Beli Baju Raya - Sediakan bajet baju. Sepasang dah la, Nak berpasang-pasang pakai baju tahun lepas.Jangan membazir. Macam kak Zaww, I don't really like baju kurung.So, once in a while, baru pakai.Senang kan.
3) Beli Kuih Raya - Tgk orang suka kuih ke kerepek. Fokus apa yang orang suka.Kalau suka kerepek, maruku, banyakkan semua tu, kuih raya 1-2 jenis dah cukup. Or beli semua kuih raya, lambat habis pun xpe.At least ada benda yang boleh dimakan selepas raya.
4) Persediaan jamuan di Hari Raya- Berkongsilah. Target berapa ramai tetamu yang akan hadir. Maybe 50-100 orang. Macam keluarga kak Zaww, memang besar. Kami memang ada target berapa orang akan hadir. Kalau ada lebih tu, sedekahlah atau simpan untuk dipanaskan.
5)Duit Raya - Target berapa anak-anak kecil yang hendak diberikan. Yang dah bekerja tak perlu pun sebenarnya. Ini memang untuk anak-anak kecil. Untuk ibu dan ayah, tak mengapa. Berilah jika berkemampuan.Yang penting belanja bulanan untuk ibu bapa.
6) Minyak Kenderaan
- Mula dari keluar rumah, sampai balik ke rumah. Kira bajet minyak.Amik berat harga minyak semasa. Sebab, kat situ kita boleh decide nak beraya di mana tahun ni. Yang tak dapat beraya tahun ni,tahun depan lah ye.
Persoalannya?
Mampukah saya untuk menyimpan?
Jawapannya, mampu kerana jika persediaan ini kita dapat sediakan awal. Jika tidak kita amik 3 yang paling penting. Contoh, duit raya, persediaan jamuan hari raya dan minyak kenderaan. Itu dah cukup.
Sebenarnya, kalau ikut point no.1, ada ke tak de Hari Raya,kita still kena tanggung jugak kos tu sebab kita berkenderaan.So, make it all in one memang akan sengket Hari Raya.
Bagi yang berpasangan, jika anda tahu pasangan anda macam mana, pastikan kita ada "buffer" untuk 3 perkara di atas.
~Selamat Ber Hari Raya & Hati-Hati memandu ke desa~