Assallamuailaikum w.b.t..
Oleh itu, ketahuilah bertapa asset itu sangat penting. Jika anda menpunyai asset, jagalah asset itu sebaik-baiknya.Kerana ia mungkin dapat membantu diri anda di kemudian hari.
InsyaAllah..
Wang adalah asset yang mudah dicairkan. Dengan wang kita boleh membeli dan mencipta impian kita menjadi kenyataan. Adakala kita merasakan rumah, kereta dan tanah yang kita ada merupakan asset yang cukup bernilai untuk kita. Sebenarnya wang adalah asset yang tersangat penting dalam memangkin ekonomi diri kita.
Jika kita berangan atau mengimpikan sesuatu, jangan sesekali kita keluar dari angan-angan tu.
Ini kerana tanpa angan-angan impian tidak akan menjadi kenyataan. Kita berfikir sejauh mana kita boleh mencapai impian kita. Sebenarnya, dengan mencapai tahap kebebasan kewangan, kita boleh
menyandarkan mimpi kita menjadi kenyataan.
Kebanyakan masyarakat kita hari ini, hanya memikirkan untuk membeli tanpa mempunyai asset yang kukuh. Asset yang dimaksudkan adalah wang.Jika wang yang tidak kukuh, bagaimana mahu mempertahankan liabiliti yang akan menjadi asset satu hari nanti.
Kita mempunyai banyak impian. Untuk mencapai setiap satu impian itu, nilainya tidak murah.
Kita memerlukan usaha yang gigih dan harapan serta doa kepada yang Maha Pencipta.
Adakala kita merasakan kita tidak mencapai impian tersebut, tetapi sebenarnya kita sudah pun berusaha ke arah itu cuma kita yang tidak menyedarinya.Oleh itu, ketahuilah bertapa asset itu sangat penting. Jika anda menpunyai asset, jagalah asset itu sebaik-baiknya.Kerana ia mungkin dapat membantu diri anda di kemudian hari.
InsyaAllah..
0 ulasan:
Catat Ulasan