Rabu, 26 Julai 2017

7 Tips untuk simpan RM300 ATAU RM500 ATAU RM700/sebulan



Pastikan anda ada matlamat simpanan seperti berapa,mengapa dan untuk apa anda simpan. Samaada simpanan untuk jangka masa panjang ataupun pendek.

1. Simpan dahulu.
Jika anda tidak simpan dahulu RM700 tersebut di dalam bank,anda akan cenderung untuk menggunakan wang tersebut. Sebaiknya, asingkan wang tersebut dari akaun simpanan gaji anda. Lupakan wang tersebut setelah disimpan.

2. Buat bajet.
Berapa bajet perbelanjaan anda.Mungkin kos makan dan minyak anda ke tempat kerja.
Jangan lari dari kebiasaan perbelanjaan anda.Pastikan anda telah cukup membeli keperluan peribadi anda. Keperluan anda seperti keperluan peribadi dan pakaian.

3. Simpan resit pembelian.
Selepas membeli simpan resit pembelian anda untuk mengira kembali berapa perbelanjaan anda pada hari itu.

4. Masak di rumah
Makan di luar memerlukan kos yang sangat tinggi.
Dengan memasak di rumah, perkara ini sangat menjimatkan perbelanjaan anda.

5. Tetapkan hiburan anda.
Hidup tanpa hiburan akan membosankan dan memberi tekanan. 
Cari hiburan yang tidak memerlukan kos yang tinggi atau 'zero kos'.
Contohnya seperti membaca, berkarya, menyanyi karoke di rumah dan selainnya.

6. Jimatkan petrol
Salah satu cara untuk anda berjimat adalah dengan menjimatkan petrol anda.
Kos minyak ke tempat kerja merupakan satu kos yang terpaksa dilalui oleh semua orang.
Jika anda tidak kesah menaiki kenderaan awam seperti bas percuma, itu merupakan satu cara yang sangat menjimatkan.Jumlah kos kenderaan anda boleh jimat sehingga RM100-RM200 sebulan. Memang berbaloi.

7. Rahsiakan simpanan anda
Rahsiakan simpanan anda. Nampak macam tak penting, tapi inilah yang paling penting.
Lebih banyak anda ada duit lebih ramai yang datang nak pinjam duit dengan anda.

Bukan kedekut tapi bayarlah dahulu untuk diri anda sebelum orang lain.


5 Tips Mengawal Perbelanjaan Anda





Sikap suka membeli adalah sikap normal bagi masyarakat kita. Namun, perbelanjaan tanpa kawalan akan membuatkan poket kering di hujung bulan.Kak Zaww nak kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu kita dari menjadi seorang "shoppaholic".

1. 30 hari puasa. 
Puasa ni bukan bermaksud tahan lapar dan dahaga.
Ini bermaksud sekirannya anda jumpa sesuatu yang menarik minat anda ketika itu, jangan terus membelinya.Tetapi berikan waktu untuk diri dan keinginan anda selama 30 hari. Selepas 30 hari, anda akan merasakan kurang daya membeli.Perkara ini sangat bekesan.Ini langkah pertama yang kak Zaww lakukan semasa belajar dahulu.

2.Bawa wang yang secukupnya.
Selalunya, apabila kita ada wang yang banyak,kita boleh membeli apa yang kita mahukan.
Secara tak langsung terjebak dari pembelian yang tidak dirancang.

3.Rancang perbelanjaan.
Sebelum keluar, pastikan dahulu perbelanjaan apa yang perlu dilakukan.
Tetapkan di dalam fikiran "ini sahaja yang saya mahu beli". Minda bawah sedar anda, akan membantu tindakan anda.

4.Tetapkan tujuan anda. 
Sekiranya kita hendak membeli sesuatu, kita mesti ada tujuan untuk ke pusat membeli belah.Tanpa tujuan, anda akan terjerumus dengan perbelanjaan di luar kawalan.

5.Katakan "tidak" kepada kad kredit.
Kebanyakkan orang berfikir,kad kredit adalah wang. Sekiranya, kita merasakannya begitu kita akan menggunakannya.Tukar persepsi kepada sesuatu yang membawa kepada kerugian seperti "hutang" atau 'kad rugi"

Selasa, 18 Julai 2017

Keseimbangan Kehidupan-Kerja (Work Life Balance)



Kerja dan kehidupan adalah satu keadaan yang berbeza. Kita memilih kerja kerana mahu elakkan kebosanan. Kerana mahu menjadi seseorang. Bergantung kepada tahap permikiran setiap individu.
Namun memilih kerja dan mencari kehidupan yang selesa bukanlah satu perkara yang mudah.
Adakala, kerana dasar tanggungjawab kita bekerja untuk memastikan kita beroleh kehidupan yang stabil.Bebas dari masalah kewangan walaupun tiada hutang dengan bank.

Makan, minum, tempat tinggal dan pakaian, semuanya perlukan wang.Kerana itulah, bekerja adalah satu ibadah.Tetapi kerana masa yang ada sering diperuntukkan untuk kerja, kita lupa akan kehidupan yang perlu kita cari.Sedar-sedar kita dah pun tua. Tahu-tahu anak pun dah pun besar.

Berapa banyakkah masa yang kita perolehi untuk bersama dengan insan-insan yang kita sayang.
Hanya kerana wang. Apakah masa yang telah lepas dapat kita gantikannya kembali.
Pasti tidak akan sama dengan yang sekarang.Itulah kehidupan yang kak Zaww pernah lalui.

Bukan sebab kita rasa bila kita kerja duit akan berganda dengan sendiri, tapi kita memilih untuk itu.
Satu saat, anak akan kurang tumpuan, dan keluarga yang dibina pula retak begitu sahaja.
Kita mahukan rumah, tapi tak nak yang kecil, kita mahu yang besar.Jadi kita perlu naik gaji. 
Gaji banyak, masa pula suntuk.Kita yakin kita telah pun berjaya.
Isipadu hati dan emosi semakin cetek.Kita kembali ke dunia pekerjaan.

"Well, nothing is cheap now on". Itu yang mampu kita berikan alasan. 
Sedangkan,kita boleh memilih gaya kehidupan yang bagaimana kita mahukan.
Asalkan hati kita gembira dan kehidupan kita stabil.

"Tak bolehkah kaya?" Boleh, Islam tak melarang malah menggalakkan.Kak Zaww pun nak jadi kaya.
Kalau kaya wang, biarlah banyak. Kalau kaya harta, biarlah secukupnya, kalau kaya jiwa biarlah semampunya.Apa yang kurang?Tiada.Semuanya cukup.

Back to topik " Work-life balance". Sihat. Itu yang paling penting. Kalau kerja bertahun-tahun, tapi mengundang penyakit. Apa yang kita dapat?Kepuasan? Atau kelu tanpa kata? Kak Zaww, ada membaca buku Donald Trumph dan Robert Kiyosaki.
"Why we want you to be rich? Baru masuk beberapa bab dalam pembacaan.

Dia ada sebutkan tentang 'control'.Kawal. Kalau kita berjaya mengawal keadaan, kita akan capai matlamat kita.So, bolehkah kita kawal masa dan jangan biarkan masa mengawal kita.Cubalah.InsyaAllah berjaya.
Adakala kita kebosanan.Di situlah menunjukkan kita telah berjaya mengawal masa kita.
Akhirnya kita memikirkan bagaimanakah caranya kita hendak meningkatkan kualiti hidup ini.

Kak Zaww doakan semoga anda semua sihat dan berjaya dalam keseimbangan kehidupan dan kerja.
Bukan akak yang ajarkan bagaimana,tapi andalah yang menentukan yang bagaimana.

Good Luck.#Ilovemyfamily.

Rabu, 12 Julai 2017

Bagaimana cara saya nak selesaikan hutang lama?



Hutang lama atau 'bad debts' selalunya merujuk kepada pinjaman daripada pihak kedua atau pihak ketiga.Sebagai seorang yang memikirkan cara penyelesaian untuk menyelesaikan hutang lama adalah dengan menghubungi pihak tersebut dan berbincang cara untuk menyelesaikannya.
Namun, untuk menyelesaikan nama anda yang blacklisted di dalam Bank Negara Malaysia akan mengambil masa selama setahun.

Sekiranya, anda takut untuk menyelesaikan masalah anda, anda boleh rujuk kepada pihak konsultan.
Jarang sekali pihak bank akan menolak pembayaran yang dibuat.
Pihak konsultan ini akan bertanya dan mengetahui banyak hal tentang status kewangan anda sekarang.
Berceritalah secara jujur bagi memudahkan proses perbincangan.

Sekiranya berjaya, pihak kreditor akan membuka semula akaun anda untuk memudahkan proses pembayaran.Jumlah bayaran akan diberitahu oleh pihak konsultan kepada anda.
Adakah pihak konsultan perlu dibayar?Jawapannya adalah ya.

Pastikan anda mempunyai dokumen yang lengkap untuk menyelesaikan masalah ini termasuk surat-surat dari pihak bank.Kadang-kadang anda mungkin tidak sedar, pihak bank telah pun menyenaraikan nama anda di Jabatan Insolvensi. Saya yakin ramai yang ingin menyelesaikan masalah kewangan.
Mungkin kerana kewangan dahulu tidak stabil mengagalkan diri kita untuk menyelesaikan masalah yang ada.Komitmen yang tinggi, kehilangan pekerjaan atau sakit menyebabkan anda sukar untuk menyelesaikan masalah.Namun,apabila anda sihat, ada pekerjaan dan komitmen anda semakin berkurang, anda akan mampu untuk berfikir untuk menyelesaikan masalah kewangan anda.

Sebenarnya, akal kita memainkan peranan yang penting dalam memangkin kehidupan kita seharian.
Akal itu adalah 'laverage' untuk anda. Mahukah anda terus dibelenggu dengan orang-orang yang hanya tahu menyalahkan anda tapi tidak mampu langsung menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Oleh itu, jangan hanya berdiam diri jika anda ada rasa nak selesaikan hutang anda.
Walaupun, peluang untuk mendapat pinjaman baru setelah selesai hutang lama adalah sangat tipis.
Tapi membayar hutang sudah mampu membuatkan anda hilang segala keresahan.

Ambillah masa dan fikirkanlah untuk masa hadapan.
InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu anda.

Dilema Blacklist!




Blacklist! Blacklist! Blacklist! atau dengan erti nama lain senarai hitam.
Siapa yang nak namanya di senaraihitamkan. Kak Zaww percaya setiap antara kita akan membuat pertimbangan dahulu
sebelum membuat sebarang pinjaman.

Namun disebabkan ini,ramai yang terpaksa untuk hilang peluang untuk membuat pinjaman lagi.
Kenapa kita nak buat pinjaman? Kerana kita tidak cukup. Kita perlukan sebahagian wang untuk membuat pinjaman.
Tapi sebenarnya, kerana ketidakcukupan ini telah membuatkan kita menjadi lebih tidak cukup.

Membayar ansuran bulanan, memerlukan komitmen yang tinggi. Dengan membayarnya kita akan mengeluarkan
sebahagian dari pendapatan yang kita miliki tanpa memperoleh sebarang keuntungan.
Mungkin tidak bagi seorang perniaga. Tetapi kerana ini kita sanggup supaya kita dapat menyelesaikan masalah kita
pada ketika itu.

Sebenarnya, semua ini terpulang kepada setiap individu. Kita mungkin tidak pernah faham akan keadaan yang dihadapi.
Namun, apabila kita 'blacklist', pihak bank telah hilang kepercayaan kepada kita untuk memberikan pinjaman lagi.

Masih ada cara penyelesaiannya.

1) Berjumpalah kepada pihak bank atau dapatkan khidmat konsultan untuk menyelesaikan masalah kewangan anda.
2) Pastikan anda telah nyatakan nilai yang mencukupi untuk membayar pinjaman itu melalui ansuran atau full settlement.
3) Kira dahulu bajet berapa yang mampu anda bayar kemudian dapatkan khidmat konsultan.
4) Setelah dipersetujui,pastikan anda mempunyai penyata dari pihak bank baki dari yang telah anda bayarkan.

Semua ini memerlukan wang yang cukup.Simpan dahulu wang anda supaya anda mampu membayarnya kembali.
Adakala kita hilang semangat dan komiimen yang tinggi membuatkan kita tidak mampu membayarnya.
Mungkin kerana sakit dan hilang pekerjaan juga merupakan sebab mengapa anda gagal menyelesaikannya.

Setelah anda berjaya menghabiskan hutang anda, nama anda akan hilang dari CTOS dan CCRIS.
Ini yang penting. Proses ini perlu mengambil masa setahun atau sekurang-kurangnya 6 bulan.
Melalui pengalaman salah seorang kawan kak Zaww, dia pergi sendiri ke Bank Negara untuk 'clearkan' namanya di dalam
rekod CCRIS @ CTOS.Namun, proses ini mengambil masa berbulan-bulan lamanya.
Apa yang penting ialah anda selesaikan masalah anda satu persatu.Jangan biarkannya.

Setelah nama anda hilang dari CCRIS, adakah boleh anda membuat pinjaman lagi?
Jawapannya ya atau tidak. Tengok pada nilai pinjaman yang anda buat.
Jika terlampau tinggi, anda mungkin tidak akan dapat nilai keseluruhan. Anda boleh anggarkan
berapa yang anda akan dapat.Mungkin 50%-60%.
Namun begitu, ada juga yang tidak pernah dapat langsung kerana walaupun nama anda SUDAH CLEAR,
namun pihak bank negara masih mempunyai rekod anda.
Adakah ini menjadi kerisauan anda, tidak perlu risau kerana jika anda mempunyai cagaran, anda boleh membuat pinjaman.
Kita jumpa untuk 'next entri' akan datang.

Jumaat, 7 Julai 2017

KWSP-Perlaburan EPF patuh syariah

Assallamuailaikum w.b.t

Wajib. Itu hukum yang perlu kita ketahui.Ini kerana tiada alasan yang menggariskan kita untuk tidak melabur ke dalam perlaburan EPF patuh syariah. Dulu,pelbagai alasan diberikan kerana perlaburan ini tidak wujud. Kini, setelah dilaksanakan, kita sebagai umat Islam wajib melaksanakannya.

Bagi pengetahuan semua, individu yang bukan Islam juga turut memilih konsep ini kerana keyakinan pada perlaburan Islam yang adil dan saksama. Soal sikit atau banyak bukan menjadi sebab untuk kita tidak memilih sistem kewangan yang diwujudkan. Apa yang kita perlu cari adalah keberkatan dari sumber rezeki yang diperlukan.Masa yang kita ambil seawal permulaan perkerjaan hingga waktu persaraan bukan jangka masa yang pendek (jika panjang usia kita ni, InsyaAllah).Jadi, janganlah kita memperlekehkan atau memberi alasan seumpamanya kerana ini merupakan satu usaha bagi memangkin ekonomi umat Islam.Yakinlah, sesuatu yang diusahakan pasti akan berhasil.Ini juga merupakan sumber rezeki terbesar kita dan berterima kasihlah kepada pemimpin yang mewujudkan KWSP ini.Jangan takut dan risau, sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t.

Bagi yang ingin menukar kepada syariah,fahamilah apa yang terkandung pada surat pertukaran. Setakat hari ini tiada sebarang perubahan dan perubahan adalah mengikut pada ahli-ahli Muzakarah setelah melalui pelbagai pertimbangan samaada dengan hukum, persoalan dan sebarang kekeliruan. Caranya mudah sahaja, hanya bawa kad pengenalan diri dan pergi ke kaunter KWSP. Maklumkan kepada pihak pegawai yang bertugas. Surat akan diberikan dan sms akan dihantar bilakah tarikh berkuatkuasa perlaburan ini.

Bolehkah kita menukar kembali daripada sistem patuh syariah kepada konvensional?Jawapannya tidak.

Nilai perlaburan pertama adalah RM100billion, dan sebelum 24 Disember 2017 ini akan melalui satu lagi proses perlaburan sebanyak RM50billion.Janganlah berlengah lagi.

Pelbagai muncul persoalan di benak kita, bagaimana perlaburan itu diagihkan sedangkan nilai perlaburan sebelum ini memberi dividen pada perlaburan konvensional. Seperti pada entri Kak Zaww sebelum ini yang membicarakan soal riba',setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 01/2016-1437H yang bersidang pada 28 Januari 2016 bersamaan 18 Rabi'al-Akhir 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bil.2/2015 berkenaan Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP sedia ada sebelum bertukar ke Akaun KWSP yang diuruskan mengiku Prinsip Syariat (KWSP-Islamik) dengan sighah (tanda wujudnya kerelaan di antara dua pihak yang berkontrak)(rujukan : www.fitrahislami.wordpress.com)
1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah mendapati bahawa:
i. Selaku pemegang amanah ke atas simpanan ahli KWSP, keuntungan yang diperolehi oleh KWSP adalah berbentuk takasub (usaha) dan bukan secara ghasab (pengambilan harta tanpa hak atau secara zalim). Dividen yang diterima oleh ahli KWSP diperolehi melalui transaksi pelaburan yang dilakukan mengikut lunas undang-undang dan berdasarkan kontrak yang dipersetujui bersama.
ii. KWSP merupakan pemegang amanah yang diberi mandat untuk menguruskan simpanan ahli-ahli di bawah Akta KWSP 1991, di mana majikan diwajibkan untuk mencarum dengan KWSP bagi pihak ahli dan setakat ini tiada sebarang pilihan diberikan kepada ahli dan mereka tiada hak tasarruf (mengurus) dalam urusan simpanan mereka sejak dari awal mencarum dalam KWSP. Simpanan tersebut akan menjadi hak dan milik ahli KWSP setelah mencapai had umur yang ditetapkan.
iii. Berdasarkan amalan semasa perbankan dan kewangan Islam di Malaysia, tiada sebarang ketetapan yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mewajibkan pelanggan perbankan Islam untuk menyucikan terlebih dahulu sebarang pendapatan tidak patuh syariah yang diterima sama ada daripada aktiviti perbankan konvensional atau daripada sumber-sumber lain sebelum boleh mendeposit atau melabur ke dalam produk patuh syariah yang ditawarkan oleh institusi perbankan dan kewangan Islam.
iv. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan resolusi membenarkan segala dividen yang diterima daripada produk konvensional dilaburkan semula ke dalam produk patuh syariah.
Keputusan : Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ahli KWSP sedia ada yang memilih akaun KWSP-Islamik tidak perlu melakukan pembersihan dividen bagi pertukaran kali pertama.
Status pewartaan : Tidak diwartakan
Sebarang persoalan bolehlah rujuk kepada link ini : 
KWSP Patuh Syariah
Bukan Islam juga berminat
Alhamdullillah, kak Zaww pun awal tahun hari tu telah pun melaksankan pertukaran ini. Harap-harap pembaca juga jangan lupa untuk buat juga ye.

Rabu, 5 Julai 2017

Elakkan unsur Riba' dalam transaksi kewangan anda

Assallamuailaikum w.b.t...

Topik kali ini menekan soal riba' di dalam transaksi kewangan kita seharian.
Bagi yang belum memulakan pekerjaan, sepatutnya kita sudah merancang sistem kewangan yang akan kita pilih untuk kebaikan di masa akan datang.

Secara tidak langsung, ini membantu kita untuk menentukan arah tujuan kewangan kita yang lebih terjamin perlaburannya.Apakah dengan unsur perlaburan yang dimaksudkan membawa erti keuntungan yang besar dan berlipat ganda kepada diri anda? Ya, kita mengharapkan nilai yang dilaburkan membawa keuntungan yang semaksimum mungkin.

Namun, tahukah anda, setiap nilai yang dilaburkan itu mestilah mematuhi syariat yang telah ditetapkan. Kebanyakan antara kita takut akan keuntungan yang dilihat sedikit tetapi tidak sedar akan keuntungan yang dilihat banyak itu lebih membawa kepada kemiskinan yang nyata sekiranya mempunyai unsur riba' di dalamnya.

Ini kerana unsur riba' yang diharamkan memberi kesan kepada di penerimanya. Kebaikan atau hikmah dalam mengharamkan riba adalah:

1) Menjaga harta seorang muslim agar tidak dimakan dengan cara bathil atau salah.
2) Mengelakkan usaha dan hasil yang tidak seimbang oleh kerana pemberi riba tidak bersusah payah dan tidak mahu menanggung kerugian dalam mendapatkan keuntungan.
3) Menjauhi rosaknya akhlak umat Islam kerana hilang kerjasama antara individu yang secara tidak langsung mengakibatkan kerosakan di dalam masyarakat.
4) Mengelakkan runtuhnya ekonomi masyarakat lantaran malasnya sesetengah individu yang mempunyai hutang untuk bekerja kerana ketamakannya untuk mengambil keuntungan. Malah, kemahuannya membebani peminjam dengan berbagai bentuk tambahan yakni riba.

Sebagai seorang Islam yang prihatin, kita mempunyai pilihan untuk memilih cara dan bentuk kewangan yang kita mahu.Samaada melalui sistem kewangan Islam atau konvensional.Suatu masa dahulu, kita tidak mempunyai pilihan malah terikat dengan sistem kewangan konvensional.Namun sekarang, sistem kewangan Islam sedang berkembang pesat di Malaysia.

Walaupun ada kekeliruan pendapat mengenai sistem perlaburan Islam di Malaysia, namun pakar kewangan Islam bermuafakat untuk mendapat satu keputusan yang mampu menjamin keharmonian antara kaum dan masyarakat dengan menjamin modal perlaburan pada tahap yang selamat.

Secara asasnya, di dalam kehidupan kita, perkara yang jelas mengelakkan kita termasuk di dalam unsur riba adalah melalui pembelian instrumen-instrumen kewangan yang ada.
Pastinya,jika kita memilih bank-bank Islam di Malaysia, kita telah pun terselamat dari unsur-unsur riba yang nyata.Sebagai contoh:

1) Pembelian sewa beli kereta
2) Pembelian rumah
3) Pembelian bayaran ansuran dengan syarikat-syarikat di Malaysia.
4) Sistem telekomunikasi di Malaysia.

Keprihatinan, kita sebagai umat Islam sangat penting kerana ini bukan sahaja melibatkan duniawi malah melibatkan akhirat juga.

Sinonimnya, 'interest' atau 'bunga' itu membawa maksud riba'. Ramai yang memilih sistem komvensional dengan alasan lebih murah. Tidak dinafikan sistem konvensional telah bertapak di dalam Malaysia lebih lama berbanding dengan sistem kewangan patuh syariah. Namun, kita mempunyai pilihan dalam menentukannya dasar kewangan yang kita mahu. Adakah kita takut dilihat kecil kerana kemampuan yang sedikit memiliki sebarang asset atau kita lebih menentukan arah tuju Islam itu sendiri.

Kak Zaww berpendapat, ada segelintir antara kita yang memilih sistem konvensional kerana sudah terikat dengan sistem yang ada. Mungkin sebelum memiliki kenderaan atau rumah, sistem ini belum pernah dikenalpasti. Pastinya mengharapkan jalan keluar. Bergantung kepada komitmen masing-masing, samaada memiliki dan menjual asset yang ada atau terus terikat dengan pinjaman di bawah konvensional.

Mungkin, dengan cara re-financing membantu mendapat sistem kewangan Islam dan anda boleh rujuk kepada mana-mana pegawai di bahagian perbankan. Secara umumnya, pihak bank jarang menawarkan sistem kewangan Islam kerana pendapatan utama bagi pihak bank adalah 'interest' iaitu bunga.

Melainkan bank-bank yang telah disahkan transaksi halalnya seperti Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Al-Rajhi, dan berbagai-bagai lagi. Malah wujud kekeliruan mengenai sistem pelaburan yang mempunyai campur aduk perlaburan tidak halal dan halal dan mendapat pengiktirafkan halal. Namun, mengikut pakar kewangan Islam, asal sahaja perlaburan tidak halal itu tidak melebihi 5% nilai perlaburan, maka perlaburan itu mendapat pengiktirafan halal kerana instrument yang digunakan boleh diasingkan atau diagihkan. Wallahualam..Jika wujud was-was haruslah kita mengelakkan, namun jika wujud keyakinan, hukum melabur adalah harus seperti perlaburan di Amanah Saham Bumiputera.Tujuan penentuan ini semua adalah untuk memastikan keharmonian antara masyarakat dan memangkin ekonomi negara.

Namun, ekonomi telah mewujudkan satu sistem baru iaitu GST (Government sales tax).
Adakah sistem GST ini halal/haram? Jawapannya MASIH BELUM PASTI LAGI. Tapi apakah yang patut kita lakukan? Kita terpaksa menerimanya kerana di luar kawalan kita.Jadi sebagai orang Islam yang prihatin, di atas keterpaksaan kita boleh mengharamkan apa sahaja unsur Riba' yang kita terpaksa tanggung yang mana sebenarnya Riba itu memang HARAM.

Kita ambil satu contoh " Apakah halal susu itu di dalam satu tempayan, jika dititiskan setitik arak di dalamnya?" Tepuk dada,tanyalah selera.

Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua.