Jumaat, 7 Julai 2017

KWSP-Perlaburan EPF patuh syariah

Assallamuailaikum w.b.t

Wajib. Itu hukum yang perlu kita ketahui.Ini kerana tiada alasan yang menggariskan kita untuk tidak melabur ke dalam perlaburan EPF patuh syariah. Dulu,pelbagai alasan diberikan kerana perlaburan ini tidak wujud. Kini, setelah dilaksanakan, kita sebagai umat Islam wajib melaksanakannya.

Bagi pengetahuan semua, individu yang bukan Islam juga turut memilih konsep ini kerana keyakinan pada perlaburan Islam yang adil dan saksama. Soal sikit atau banyak bukan menjadi sebab untuk kita tidak memilih sistem kewangan yang diwujudkan. Apa yang kita perlu cari adalah keberkatan dari sumber rezeki yang diperlukan.Masa yang kita ambil seawal permulaan perkerjaan hingga waktu persaraan bukan jangka masa yang pendek (jika panjang usia kita ni, InsyaAllah).Jadi, janganlah kita memperlekehkan atau memberi alasan seumpamanya kerana ini merupakan satu usaha bagi memangkin ekonomi umat Islam.Yakinlah, sesuatu yang diusahakan pasti akan berhasil.Ini juga merupakan sumber rezeki terbesar kita dan berterima kasihlah kepada pemimpin yang mewujudkan KWSP ini.Jangan takut dan risau, sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t.

Bagi yang ingin menukar kepada syariah,fahamilah apa yang terkandung pada surat pertukaran. Setakat hari ini tiada sebarang perubahan dan perubahan adalah mengikut pada ahli-ahli Muzakarah setelah melalui pelbagai pertimbangan samaada dengan hukum, persoalan dan sebarang kekeliruan. Caranya mudah sahaja, hanya bawa kad pengenalan diri dan pergi ke kaunter KWSP. Maklumkan kepada pihak pegawai yang bertugas. Surat akan diberikan dan sms akan dihantar bilakah tarikh berkuatkuasa perlaburan ini.

Bolehkah kita menukar kembali daripada sistem patuh syariah kepada konvensional?Jawapannya tidak.

Nilai perlaburan pertama adalah RM100billion, dan sebelum 24 Disember 2017 ini akan melalui satu lagi proses perlaburan sebanyak RM50billion.Janganlah berlengah lagi.

Pelbagai muncul persoalan di benak kita, bagaimana perlaburan itu diagihkan sedangkan nilai perlaburan sebelum ini memberi dividen pada perlaburan konvensional. Seperti pada entri Kak Zaww sebelum ini yang membicarakan soal riba',setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 01/2016-1437H yang bersidang pada 28 Januari 2016 bersamaan 18 Rabi'al-Akhir 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bil.2/2015 berkenaan Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP sedia ada sebelum bertukar ke Akaun KWSP yang diuruskan mengiku Prinsip Syariat (KWSP-Islamik) dengan sighah (tanda wujudnya kerelaan di antara dua pihak yang berkontrak)(rujukan : www.fitrahislami.wordpress.com)
1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah mendapati bahawa:
i. Selaku pemegang amanah ke atas simpanan ahli KWSP, keuntungan yang diperolehi oleh KWSP adalah berbentuk takasub (usaha) dan bukan secara ghasab (pengambilan harta tanpa hak atau secara zalim). Dividen yang diterima oleh ahli KWSP diperolehi melalui transaksi pelaburan yang dilakukan mengikut lunas undang-undang dan berdasarkan kontrak yang dipersetujui bersama.
ii. KWSP merupakan pemegang amanah yang diberi mandat untuk menguruskan simpanan ahli-ahli di bawah Akta KWSP 1991, di mana majikan diwajibkan untuk mencarum dengan KWSP bagi pihak ahli dan setakat ini tiada sebarang pilihan diberikan kepada ahli dan mereka tiada hak tasarruf (mengurus) dalam urusan simpanan mereka sejak dari awal mencarum dalam KWSP. Simpanan tersebut akan menjadi hak dan milik ahli KWSP setelah mencapai had umur yang ditetapkan.
iii. Berdasarkan amalan semasa perbankan dan kewangan Islam di Malaysia, tiada sebarang ketetapan yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mewajibkan pelanggan perbankan Islam untuk menyucikan terlebih dahulu sebarang pendapatan tidak patuh syariah yang diterima sama ada daripada aktiviti perbankan konvensional atau daripada sumber-sumber lain sebelum boleh mendeposit atau melabur ke dalam produk patuh syariah yang ditawarkan oleh institusi perbankan dan kewangan Islam.
iv. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan resolusi membenarkan segala dividen yang diterima daripada produk konvensional dilaburkan semula ke dalam produk patuh syariah.
Keputusan : Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ahli KWSP sedia ada yang memilih akaun KWSP-Islamik tidak perlu melakukan pembersihan dividen bagi pertukaran kali pertama.
Status pewartaan : Tidak diwartakan
Sebarang persoalan bolehlah rujuk kepada link ini : 
KWSP Patuh Syariah
Bukan Islam juga berminat
Alhamdullillah, kak Zaww pun awal tahun hari tu telah pun melaksankan pertukaran ini. Harap-harap pembaca juga jangan lupa untuk buat juga ye.

0 ulasan: