Pinjaman Peribadi - Sejauh manakah peribadi wang ini digunakan?
Pada entri kali,biarlah penulis berkongsi beberapa perkara yang seharusnya kita melihat dari sudut materialistik dan realistik. Sebagai seorang yang bekerja selalunya menginginkan sesuatu yang lebih baik dari masa ke semasa. Ayat lebih mudah adalah untuk kita membina kualiti dan ekonomi hidup dengan lebih baik.Akhirnya,apabila kita semakin mengejar kemewahan dan harta benda yang mengagumkan mata yang melihat,kita akan rasa lebih dihargai dan puas hati seolah-olah itulah kejayaan yang telah kita ciptakan.
Namun,disebaliknya kemelut kemewahan dan kehendak yang telah kita ciptakan ini,membuatkan diri kita sentiasa resah mencari kemewahan tanpa memikirkan kesan dan akibat. Begitulah sinonimnya dengan materialistik yang penulis ingin sampaikan di atas.
Rumah
Impian memiliki rumah merupakan sesuatu yang diidam-idamkan oleh semua orang. Oleh kerana keinginan yang tinggi,pembeli sanggup membuat pinjaman peribadi untuk tujuan mengubahsuai rumah tanpa memikirkan masa akan datang. Pembeli berpendapat bahawa mengubahsuai rumah akan meningkatkan nilai harga rumah tersebut.Benarkah begitu? Jawapannya ya dan tidak. Kerana pada peringkat permulaan membeli rumah yang baru siap dibina, harga rumah hanya akan meningkat sekitar 20%-30% dari harga jual. Malah,bagi individu atau pasangan yang telah mengeluarkan sejumlah wang sebagai wang pendahuluan tidak sewajarnya membuat pinjaman peribadi bagi tujuan penggubahsuaian rumah kerana ini akan menambahkan komitmen bayaran bulanan setiap bulan. Adalah wajar anda menunggu dalam tempoh 5 tahun lagi dan ketika itu kewangan anda lebih stabil di mana ia membolehkan anda menggunakan tempoh tersebut untuk menyimpan kos yang diperlukan bagi proses penggubahsuaian. Namun,dengan membeli rumah terpakai, anda mestilah mempunyai wang yang cukup untuk menggubahsuai ataupun membaiki kerosakan yang ada. Bagi memastikan anda membuat keputusan yang bijak, penuls menyarankan agar anda membaiki sahaja terlebih dahulu. Tujuannya supaya anda lebih selesa dengan apa yang ada dan memberikan jarak masa yang mencukupi untuk anda membuat penggubahsuaian supaya hasil yang diharapkan lebih memuaskan akan datang. Cara ini membantu anda untuk mengelakkan membuat pinjaman peribadi atau yang sewaktu dengannya. Bukankah ini lebih baik?
Pendidikan
Pelajaran sangat penting di era yang serba mencabar ini. Inilah yang dinamakan keperluan peribadi. Pendidikan yang anda ceburi adalah untuk menambahkan kualiti akademik dan pengetahuan anda. Bagi tujuan yang mulia ini,anda boleh membuat pinjaman peribadi dengan memilih kadar interest yang rendah. Akan tetapi,pastikan anda telah meminimumkan komitmen anda seperti membatalkan kad kredit dan mengurangkan kos perbelanjaan harian dalam tempoh pembelajaran anda. Ini bertujuan untuk mengurangkan diri anda dari tekanan. Sebagai seorang pelajar dan pekerja anda haruslah memastikan tahap mental dan fizikal berada pada tahap yang stabil dan tenang supaya anda dapat menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Cara ini membolehkan anda lebih fokus dan memberi kualiti yang baik dalam bidang pekerjaan dan pelajaran. Sudah pasti anda mahu menjadi seorang yang berjaya di dalam dua bidang yang diceburi,bukan? Malah,alternatif ini sangat sesuai dan berkesan. Kos pinjaman seharusnya tidak dibuat sepenuhnya kerana di Malaysia,kerajaan membenarkan pengeluaran Akaun 2 untuk tujuan pendidikan.Jika tidak mencukupi, bolehlah untuk anda mengambil pinjaman peribadi dengan jumlah baki yang diperlukan sahaja.
Perniagaan
Penulis berpendapat bahawa pinjaman peribadi untuk tujuan perniagaan adalah sesuatu yang tidak bijak.Bukankah pihak bank telah menyediakan pinjaman perniagaan?Seharusnya pihak peminjam perlu menggunakan pinjaman yang diperlukan dengan cara dan landasan yang telah disediakan. Sekiranya,tujuan pinjaman adalah untuk perniagaan maka tidaklah bermaksud bahawa pinjaman ini adalah untuk tujuan peribadi. Sebaliknya,menyukarkan peminjam untuk membuat bayaran balik kepada pihak bank. Kegagalan membuat pinjam peribadi akan menyebabkan pihak peminjam tidak berpeluang untuk membuat pinjaman perniagaan kerana rekod individu tidak baik di dalam senarai Bank Negara Malaysia. Sekiranya, anda telah membuat pinjaman peribadi,anda perlulah menyelesaikan pinjaman tersebut dengan baik dalam tempoh yang ditetapkan dan setelah selesai barulah memulakan langkah untuk menceburi bidang perniagaan.
0 ulasan:
Catat Ulasan