Selasa, 4 November 2014

Jangan Mengharapkan Pertolongan Orang Melainkan Orang itu Sendiri Menawarkan Pertolongan

Assallamuailaikum dan Selamat Pagi semua..Entri kali ini kak Zaww nak cerita sedikit mengenai pertolongan.Sesungguhnya,Rasullulah s.a.w sendiri menyuruh umatnya supaya saling tolong menolong antara satu sam lain.Apalagi bagi kita sebagai saudara seIslam amatlah digalakkan saling tolong-menolong.Malah orang yang bukan Islam juga belajar pendidikan moral di sekolah mengenai sikap tolong-menolong ini.Sungguh murni sikap ini.Tapi masih wujud lagikah sikap tolong- menolong ini di kalangan kita.Maaf cakap,sikap ini sebenarnya kian pupus apabila wujudnya di kalangan kita menawarkn pertolongan untuk tujuan yang lain.Bak kat pepatah " ada udang di sebalik batu".Walaupun masih ada lagi yang menawarkan pertolongan seikhlas hati,tapi dek kerana segelintir lagi pihak menyalahgunakan sikap murni ini,maka keikhlasan itu pudar samaada yang menerima ataupun yang memberi.

Begitu juga pertolongan yang melibatkan kewangan.Benar-benar rasa kasihan atau ingin benar-benar menolong.Wujudkah perasaan yang benar- benar ingin menolong?Pasti jawapan anda tidak bukan?
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemberi Pertolongan.Kak Zaww bersyukur,di kalangan manusia yang ramai kak Zaww jumpa,kak Zaww telah berjumpa 5 orang insan yang ikhlas hatinya memberi pertolongan malah mahu sebenar-benarnya ingin menolong.Wang yang dipinjamkan tidak diminta dengan desakan malah ada yang menghalalkan.Sesungguhnya hutang itu wajib dibayar tetapi insan-insan ini begitu istimewa sehingga tiada ungkapan yang mampu kak Zaww ucapkan.3 orang antara 5 orang ini adalah anak-beranak.Kalau ibu dan ayahnya begitu mengapa tidak pula anaknya.Anda percaya? Mengapa tidak?Dan mengapa pula ya?Itulah rahsia sebuah keikhlasan.Maka dua orang insan lagi juga istimewa.Memberi pertolongan untuk semata-mata menolong bukan untuk meminta.Malah,menghalalkan sebelum meminjamkan lagi.Begitu hebat kuasa Allah melahirkn insan-insan ini yang kaya hatinya dan hartanya.

Mereka juga seperti kita,tapi apabila ditanya mengapa mereka berbuat begitu.Ada dua jawapan yang diberikan:
1)Kerana,kesusahan dahulu mengajar mereka erti syukur kepada rezeki yang Allah berikan.
2)Kerana tidak mahu mereka tersesat di dalam kesempitan kewangan akibat dibelenggu hutang.

Begitulah sinopsisnya kisah 5 insan ini tadi.Tapi perlukan kita menunggu orang memberi pertolongan semata-mata?Kali ini jawapan anda bernas.Pasti tidak!Jadilah insan yang pertama dan selamanya membantu diri anda sendiri dan kerna itu jadilah insan yang pertama menawarkan pertolongan kepada insan lain tanpa perlu disuruh.Jangan pula anda memaksa dia untuk membantu anda,biarkan dirinya menawarkan pertolongan.Atau melihat dari kaca mata yang berbeza,mungkin bukan dia yang perlu tolong anda tapi anda yang perlu tolong dia.Sama-samalah kita menanamkan sikap murni yang telah dituntut oleh Rasulullah itu sendiri kerana memahami sirah Rasul apabila suatu malam yang gelap ketika saat itu seluruh harta Rasullulah s.a.w telah pun digunakan untuk ke jalan Allah,hadir seorang insan datang meminta makanan.Saat itu hanya 2 biji kurma yang ada buat santapan Baginda,lalu diberinya kuma iti kepada tetamunya,di samar-samar malam Rasulullah menunjukkan baginda seakan-akan mengunyah Tamar sedangkan tiada apa untuk dimakannya saat itu.Sucinya hati Rasul kita kawan-kawan.Tambahan pula sifat seorang isteri Siti Khadijah nama diberi,yang perginya menemui Ilahi menghabiskan hartanya ke jalan Allah demi membantu perjuangan Rasulullah,tiada kain sutera yang dapat menutupi jenazahnya dan perginya ditutupi dengan serban Rasulullaj sahaja.Subhanallah!Inilah kasih sayang Allah kepada kita.Ditinggalkan Sirah Nabi untuk pedoman kita di akhir zaman.Membantu sehabis daya,harta atau pun nyawa.

"Berkorban apa sahaja,Harta ataupun Nyawa,itulah kasih mesra..sejati dan mulia".

Jadilah insan yang pertama untuk membantu.Pedulikan apa orang kata kerana selepas ini tiada lagi yang meminta pertolongan.
Kak Zaww doakan untuk kita semua.Aminn..

0 ulasan: