Perniagaan merupakan satu sunnah yang dituntut dalam Islam.Namun,pastikan kita sebagai insan yang benar-benar bersedia menghadapi alam perniagaan ini. Persaingan yang kuat di luar sana sangat memberikan impak kepada peniaga di luar sana. Tidak salah menjalankan aktiviti perniagaan sepenuh masa asalkan jangan berhutang. Cuba berniaga secara kecil-kecilan dahulu dan memberi hasil yang memuaskan. Cari pelanggan tetap dan sentiasa minat dengan apa yang dijualkan.
Kak Zaww telah menjalankan perniagaan selama lebih kurang 6 tahun itupun meminjamkan nama kepada ayah untuk menjalankan perniagaan lorinya. Abah seorang yang cekal dalam menjalankan perniagaannya. Tapi iyelah perniagaan lori ni hanya lelaki sahaja yang layak meneruskan bidang ini.
Kemudian, Kak Zaw membuat keputusan berhenti kerja kerana menjalankan perniagaan kereta sewa dan butik. Namun, gagal. Kak Zaww tertanya-tanya mengapa dan kenapa perkara tersebut terjadi.
1. Tidak bersedia
2. Tidak fokus dan serius.
3. Takut rugi
4. Kurang Disiplin.
5. Kesihatan tidak mengizinkan
6. Tiada bakat
Yang menariknya, kak Zaw mula menjual secara langsung dengan kawan-kawan dan saudara mara suami itupun atas bantuan suami tercinta, berjaya. Tindak balas mereka sangat positif. Jadi Kak Zaww berfikir untuk meneruskan perniagaan yang baru sambil bekerja kembali.
Memandangkan usia yang masih muda, mesti sebagai seorang isteri dan ibu perlu membahagikan masa yang cukup agar kedua-dua insan ini tidak kurang kasih dan sayang.
Abah baru-baru ini baru sahaja kehilangan lori.. Dia masih tenang dan tabah.Melihatnya begitu, Kak Zaww tahu Kak Zaww belum kuat menghadapi keadaan itu. Barulah kak Zaww sedar bahawa perniagaan bukan perkara main-main.
Perniagaan merupakan satu kerja juga sebenarnya tetapi perlukan disiplin yang kuat. Sepanjang kak Zaww berniaga, Kak Zaww akui kak Zaww asyik merungut sahaja.Maklumlah takut rugi..Itupun bukan modal kak Zaww..Modal ayah.. Kak Zaww tak kesah pecah rahsia supaya semua mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.. Ayah kak Zaww tak pernah merungut lori hilang.Kak Zaww memang anak manja..Tapi satu hari nanti kak Zaww berazam ingin memulakan sebuah perniagaan kembali dengan persediaan yang rapi.
Apakah persediaan yang rapi itu? Hubungan dengan Allah dan diri kita sendiri kawan-kawan. Sebab kak Zaww tahu dengan perniagaan masih boleh menjana pendapatan yang lumayan asalkan kita buang perkara-perkara negatif itu tadi.. Pastikan cukup modal and 2x lebih dari modal supaya kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Jana pendapatan melalui perniagaan tapi gunakan akal sebelum membuat sebarang keputusan.
Kak Zaww tidak pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku.. Tapi kak Zaww anggap inilah pengalaman yang tidak ternilai.Alhamdulillah,ayah akan dapat lori baru tak lama lagi. Suatu waktu nanti Kak Zaww akan ikut jejak ayah..Mungkin lepas ni kak Zaww buat Tuisyen di rumah secara sambilan..Kalau ada-ada yang berminat hubungi kak Zaw 012-6433237.
Di rumah kak Zaww ada satu kelas kecil untuk adik-adik yang ingin berlajar. Kak Zaww buat kelas ini bukan semata-mata duit tetapi untuk melihat anak bangsa melayu berjaya.Semoga Allah membantu kak Zaww untuk melaksanakan impian ini.Amin...
0 ulasan:
Catat Ulasan