Assallamuailaikum w.b.t..
Hari ni kak Zaww nak buka topik pasal perbelanjaan..
Baik..dan harap tahun ini baik-baik sahaja..
2016 adalah tahun yang paling mencabar..Sangat mencabar apabila kita mula mencipta komitmen baru,menambah perbelanjaan baru dan menarik sikit dari sumber simpanan untuk upgrade diri kita..
Pada peringkat awal tahun inilah kita sudah merancang bagaimana pola permakanan kita dan perbelanjaan isi rumah kita..
Ini kerana disebabkan ketidakseimbangan ekonomi pada masa kini, dengan kadar inflasi yang meningkat dan mata wang semakin rendah,akan memberi kesan kepada seluruh isi keluarga jika wang yang ada tidak disimpan dan diberlanjakan pada tempat yang betul..
Tambahan lagi pelbagai virus yang melanda negara kita kita seperti virus zika dan sebagainya.
Apa yang kita doakan mempunyai kesihatan yang baik supaya kita boleh keluar mencari rezeki..
Namun,tanpa pengawalan perbelanjaan yang seimbang, segala kadar akan meningkat..kadar peratusan pembuangan pekerjaan juga akan meningkat.
Sebagai masyarakat yang mengambil tahu,kita mestilah mengambil kadar yang selamat untuk memastikan ekonomi kita stabil ketika zaman kegawatan..
Beberapa perkara yang perlu diambil kira:
1)Utamakan keperluan,kawal kehendak.
2)20% kehendak dari perbelanjaan.Jgn lebih.
3) Rajin masak makanan.
4)Melancong 2x setahun.
5) Simpan duit 30%-40% dari wang gaji.
6)Jahit baju yang koyak dan boleh dipakai kembali.
7)Kuruskan badan sebab lebih jimat baju yang bersaiz kecil.
8) Jgn ikut perasaan.Kawan beli ni..awak ikut..kawan beli tu..awak beli..
9) Bagi yang nak menghias rumah,carilah cara yang paling jimat..
10) Kurangkan keluar malam..sebab bila keluar malam akan keluar belanja lagi..
11) Tidur awal malam selepas isyak akan membantu anda kurang memikirkan perkara2 yang hendak ditambah..
12) Senaraikan harga lauk/ikan sekarang.
13) Jangan tambah hutang.
14) Jaga hati..Hati yang bersih dan redha akan menarik rezeki..Hati yang sakit akan menolak rezeki jauh..
15) Jaga prestasi pekerjaan kini dan mula serve pekerjaan/pendapatan tambahan..
16) Beli produk bumiputera dari desa.
0 ulasan:
Catat Ulasan