Isnin, 15 Februari 2016

Gaji dan Bonus-Apa perlu buat?

Assallamuailaikum w.b.t..
Kak Zaww dah lama tak menulis mengenai kewangan..sibuk sangat dengan Herbalife..hehe..
Baiklah,topik kali ni kak Zaww nak kongsikan mengenai gaji dan bonus.Pastinya bila menyebut soal gaji berkaitan dengan hasil dari pekerjaan yang kita buat..dan bila disebutkan tentang bonus berkaitan dengan imbuhan dari hasil pendapatan syarikat kepada pekerja..Namun sinonimnya kedua ini adalah kedua-duanya merupakan duit..Wah!!seronoknya bila dapat gaji dan bonus.Boleh merancang pelbagai benda.
Jadinya,kak Zaww nak kongsikan beberapa tips yang berguna apabila ada mendapat gaji dan bonus.
♡ Dari jumlah keseluruhan,asingkan 2.5% dari jumlah bonus dan gaji untuk zakat pendapatan.Bagi orang Islam,ia merupakan satu tuntutan yang wajib ditunaikan.Malah menyucikan harta dan memberi keberkatan dari hasil dari kerja kita..
Mungkin ada yang merasakan banyak,namun percayalah setiap rezeki kita ada juga rezeki orang lain..
♡ 20% dari gaji dan bonus, simpanlah.
♡ 7.5% dari bonus sahaja berikanlah kepada ibu bapa untuk mengembirakan hati mereka.
♡ 40%-50% dari gaji,selesaikan komitmen bulanan.Sekiranya lebih,selesaikan  juga ya.Jangan biarkan hutang tertunggak.
♡ 20% lagi,berbelanjalah untuk diri sendiri dan keluarga.
♡ 10% lagi,simpanan untuk kecemasan.Contoh anak demam ke,kereta rosak ke.
Kak Zaww suka menekankan dari sudut peratusan kerana gaji seseorang itu berbeza..So,bagi anda semua selamat mencuba..
Jangan takut-takut nak guna duit bonus.Cumanya jangan boros berbelanja..

0 ulasan: