Isnin, 1 Februari 2016

Wajarkah pembelian produk kesihatan untuk tujuan kuruskan badan dan kesihatan?

Salam 2016!!!

Zaman ini telah menjadi fenomena rakyat di Malaysia terutamanya wanita untuk tujuan kecantikan.
Bukan sahaja untuk kelihatan putih gebu, malah untuk kelihatan kurus dan lansing.

Produk kecantikan kini banyak dikeluarkan oleh syarikat Bumiputera. Malah, masyarakat Malaysia kini
mula sedar akan kepentingan penjagaan kesihatan.

Menjaga kesihatan merupakan satu sunnah yang amat digalakkan di dalam Islam.
Nabi Muhammad s.a.w menyarankan "Makan sebelum lapar, Berhenti sebelum kenyang'".
Bertujuan untuk memastikan umat-umat Islam di seluruh dunia memiliki sistem badan yang sihat dan cergas.
Malah boleh bangun untuk bersolat kepada Allah s.w.t.

Kesihatan yang baik mencerminkan imej yang baik. Bagi wanita, pasti dapat membuatkan rumahtangga lebih bahagia
apabila usaha yang dilakukan untuk kelihatan cantik dan langsing untuk tatapan suami tercinta.

Sememangnya, wajar bagi wanita mahupun lelaki membeli produk kesihatan untuk tujuan kelihatan sihat dan menarik.
Bukan sahaja memberi kepuasan kepada diri sendiri malah dapat meningkatkan kesihatan diri ke arah yang optimum.

Walaupun begitu, untukmenjamin kesihatan yang baik, pembelian produk kesihatan perlulah mengikut kesesuaian dan kemampuan
diri sendiri. Mungkin ada yang membeli produk yang mahal untuk kecantikan dan kesihatan. Ia tidak menjadi kesalahan asalkan
tidak berlebih-lebihan.

Semoga nota Kak Zaw kali ini menggalakkan kita semua untuk menjaga kesihatan ke arah yang lebih cemerlang.

Jangan lupa ye untuk bersenam!

0 ulasan: