SEMUA ORANG PAKAI BAJU..Ada sesiapa kat sini yang tak pakai baju??hehe.. Kak Zaww hanya berseloroh sahaja..
Okay topik kali ni memang akan menarik perhatian kaum wanita. Al Maklumla.. Kita ni perempuan mesti nak melawa ke sana ke mari.
Penting sangatkah jenama dan nilai sesebuah pakaian. Terpulanglah kepada anda untuk menentukannya.
Untuk entri kali ini kak Zaww just nak beri sedikit tips yang mungkin boleh membantu wanita-wanita yang berada di rumah mahupun bekerja atau belajar untuk memastikan stok pakaian anda cukup.
Untuk memastikannya stok cukup anda mestilah mengasingkan kepada dua kategori pakaian. Tapi sebelum itu biar kak Zaww explain dulu yang stok pakaian ini tidak termasuk pakaian dalam ye kawan-kawan..
Kategori pertama : Pakaian biasa dan keluar berjalan dekat-dekat sahaja
1.Pakaian biasa anda boleh dapatkan di pasar malam.
2.Kos serendah RM100 anda boleh membeli pakaian untuk keluar berjalan dekat-dekat rumah anda dan baju tidur dan di rumah.
3. Boleh juga di dapati di pasarayaMu atau Hari-Hari.
4. Pastikan anda membeli dengan permilihan warna yang berbeza-beza supaya anda kelihatan berseri sepanjang masa.
5. Bila beli warna yang sama, anda akan merasakan pakaian anda tidak cukup
6. Jangan beli yang terlampau ketat sebab nanti kena beli yang baru.
7.Biasakan ada baju tidur.Supaya anda kurang menggunakan baju siang dan malam.
8. Asingkan pakaian siang dan malam di dalam almari supaya pakaian sentiasa kelihatan kemas di dalam almari.
Itu sahaja..Mudah sahaja bukan?Cubalah..anda pasti akan kagum melihat pakaian anda. Namun kalau dah berlebihan sangat berhenti dahulu atau sedekahkan kepada sesiapa yang berminat.
Kategori kedua : Pakaian untuk ke majlis atau keluar berjalan-jalan atau pergi kerja
1.Selalunya harga baju ni mahal sikit
2.Sehelai mencecah RM45~RM300 sehelai
3.Kadang-kadang sahaja digunakan dan selalunya di hantar 'dry clean' atau cuci tangan
4. Untuk memastikan kualitinya terjamin,masukkan baju itu ke dalam plastik untuk elak rosak.
5.Boleh jadi pembeliannya di gedung-gedung pakaian yang berjenama ataupun online.
6.Tak perlu ada banyak stok.Mungkin anda perlu lebih kurang 12 pasang setahun.
7.Gantungkan pakaian tersebut supaya kelihatan baru sentiasa.
Ini sahaja perkongsian kali ini.Selamat mencuba!!
0 ulasan:
Catat Ulasan